web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tegas Soal Pemberian Kontrak, Projek Selaras Prinsip Tata Kelola Baik - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 4:26PM

Anwar Ibrahim - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan mengambil pendekatan tegas dalam soal pemberian kontrak atau projek kepada mana-mana pihak selaras dengan prinsip tata kelola baik diterapkan dalam pentadbiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pemberian kontrak atau projek dengan niat untuk mendapat kepentingan tertentu umpamanya adalah tidak dibenarkan.

“(Contohnya) derma kepada parti boleh tetapi kalau saya beri kontrak kepada syarikat A dan syarikat A beri kepada parti. Itu jadi syarat ‘remuneration’ (ganjaran) peribadi atau syarikat peribadi atau kepada parti.

“Itu ada kepentingan di situ dan sebab itu kita kena jaga. Lebih baik kita keras dan tegas dalam hal ini (pemberian kontrak) untuk selamatkan negara,” kata beliau ketika berucap pada program Ihya Ramadan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar berkata beliau tegas dalam menentang rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan mahu membela nasib rakyat miskin di negara ini.

“Soal sikap yang menentang penyalahgunaan kuasa dan rasuah ditekankan dalam tadbir urus dalam Islam, … bila soal ini kita remehkan, (contohnya) rasuah ‘ok’ kalau dikategorikan sebagai sedekah.

“Hal itu yang mengelirukan, ia tidak ada kesamaran dan tidak boleh kelirukan antara hak dan batil," katanya.

Menyentuh program Ihya Ramadan, Anwar berkata  program ilmu yang dianjurkan di kementerian dan jabatan kerajaan perlu tertumpu kepada soal spiritual dan nilai. 

“Ada tajuk khusus yang kita boleh tumpukan untuk lebih dengar dan hadam… ada rencana boleh diedarkan selain daripada Al-Quran,” katanya. 

Pada majlis itu, Anwar turut meluangkan masa mendengar tazkirah yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah. 

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan