web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Teliti Dakwaan Kempen PRU-15 PN Dibiayai Syarikat Perjudian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 1:03PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) menggunakan hasil syarikat perjudian untuk membiayai kempen parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November tahun lalu, mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan ringkasnya di Parlimen hari ini.

“SPRM sedang dalam proses meneliti maklumat berkaitan untuk mengumpulkannya sebagai asas siasatan,” katanya ringkas.

Azalina berkata demikian sebagai menjawab soalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas-PN) berhubung perkembangan siasatan mengenai dakwaan kempen PRU-15 PN dibiayai syarikat perjudian.

Dakwaan itu mula diperkatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH) pada Disember tahun lalu, dengan menyatakan bahawa kerajaan Pusat sedang meneliti isu terbabit.

Selepas itu, tokoh dari parti komponen PN, iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menempelak dakwaan berkenaan, malah mantan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu-PN) menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar jika beliau gagal memberikan bukti jelas berhubung ‘dakwaan liar’ terbabit.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang-PN) juga menegaskan bahawa tidak masuk akal untuk syarikat perjudian, membiayai kempen pilihan raya PN kerana PAS secara agresif menentang perjudian.

Begitu juga Pengerusi PN dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh-PN) yang menolak dakwaan itu sebagai fitnah dengan mendakwa gabungan itu menjadi sasaran susulan popularitinya dalam kalangan pengundi Melayu pada PRU-15. - The Vibes, 29 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan