web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Campur Tangan Pendakwaan Kes Berprofil Tinggi - Azalina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 7:00AM

Azalina berkata pendakwaan bagi kes berprofil tinggi di mahkamah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya secara profesional dan berintegriti. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam proses pendakwaan membabitkan kes berprofil tinggi di negara ini.

Menurut beliau, pendakwaan bagi kes berprofil tinggi di mahkamah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya secara profesional dan berintegriti.

“Setakat ini, tiada kompromi dari segi mutu pendakwaan yang dijalankan di mahkamah bagi kes berprofil tinggi.

“Oleh itu, adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa terdapat campur tangan dalam perkara ini,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang ingin mengetahui apakah jaminan kerajaan untuk tidak campur tangan dalam urusan mahkamah terutama terhadap kes berprofil tinggi.

Mengulas lanjut, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, setiap keputusan untuk mendakwa mana-mana individu yang dibuat oleh Peguam Negara adalah berdasarkan keterangan yang mencukupi dan mantap, selaras kuasa Pendakwa Raya yang diperuntukkan oleh Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan sama ada untuk mensabitkan atau melepaskan mana-mana orang yang dituduh terletak pada budi bicara mahkamah berdasarkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan,” katanya.

Pada 20 Februari lalu, Azalina memaklumkan seramai 72 individu membabitkan kes berprofil tinggi, berkepentingan awam dan sensitif, disabitkan bersalah di mahkamah sepanjang 2018 sehingga Januari ini.

Katanya, jumlah itu adalah daripada keseluruhan 180 kes berprofil tinggi, berkepentingan awam dan sensitif, yang dituduh di mahkamah dalam tempoh terbabit.

Sementara itu, mengenai status perkembangan siasatan dakwaan kempen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) turut dibiayai dana syarikat perjudian, Azalina berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan.

“Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tindakan mengkaji dan meneliti maklumat berkaitan untuk dibangunkan sebagai asas penyiasatan SPRM,” katanya.

Soalan terbabit dikemukakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Menjawab soalan dikemukakan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin mengetahui tindakan kerajaan terhadap dakwaan politik wang pada PRU-15, Azalina berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil maklum dakwaan dan laporan isu pemberian wang semasa pilihan raya lalu.

Jelas beliau, mana-mana perbuatan rasuah sekiranya dilakukan ketika pilihan raya merupakan satu kesalahan.

“Terdapat beberapa kes berkaitan isu seumpamanya telah diambil tindakan undang-undang melalui pemfailan Petisyen Pilihan Raya.

“Oleh itu, bagi menghormati prinsip ‘sub judice’, SPR menyerahkan proses perundangan itu dilaksanakan pihak mahkamah dengan sewajarnya,” katanya. - Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar