web statsweb stats

Berita Terkini

39 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 40 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Dijadual Mula Lawatan Rasmi Ke China Dengan Menghadiri BFA 2023 Di Hainan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 9:06PM

Anwar Ibrahim dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Boao International Airport petang esok, dengan diiringi oleh Anthony Loke dan Nga Kor Ming - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HAINAN (China) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan tiba di sini esok bagi menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) dan memulakan lawatan rasmi empat hari ke China.

Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Boao International Airport petang esok, dengan diiringi oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Sebaik tiba beliau dijangka menghadiri majlis berbuka puasa bersama dengan kira-kira 70 anggota delegasi Malaysia yang mengambil bahagian dalam BFA 2023 di Hotel Boao Golden Coast.

Anwar kemudiannya dijadualkan menghadiri mesyuarat bersama dengan kepimpinan tertinggi syarikat China Communications Construction Company (CCCC), yang merupakan kontraktor projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Pada Khamis pula Anwar dijadual menyampaikan ucapan di BFA 2023, yang juga akan dihadiri oleh Perdana Menteri China Li Qiang.

Pemimpin-pemimpin lain yang dijangka menghadiri persidangan tahunan itu ialah Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, Perdana Menteri Ivory Coast Patrick Achi dan Perdana Menteri Kazakhstan Alikhan Smailov.

Turut dijangka hadir ialah Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva.

Anwar kemudiannya dijadualkan berlepas ke Beijing untuk meneruskan lawatan rasminya ke China, yang merupakan lawatan antarabangsa ke sembilan sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 November lepas.

Hubungan diplomatik Malaysia dan China terjalin sejak 1974, dan terus berkembang dengan baik, dengan tahun lepas perdagangan antara kedua-dua negara meningkat 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM876 bilion.

Dengan tema "Dunia Tanpa Kepastian: Perpaduan dan Kerjasama untuk Pembangunan di tengah Cabaran”, persidangan empat hari yang bermula hari ini akan berkisar kepada perbincangan serta rundingan berhubung pembangunan dan inklusif, keefisienan dan keselamatan, kerjasama serantau dan global, di samping perbincangan mengenai perkembangan berkaitan isu semasa dan akan datang dengan hasrat memupuk kerjasama antarabangsa dan menyepadu persepakatan.

Dibentuk pada tahun 2001 bagi menggalakkan integrasi ekonomi di rantau ini, agenda BFA tahun ini akan merangkumi empat modul, iaitu Pembangunan dan Keterangkuman; Kecekapan dan Keselamatan; Serantau dan Global; dan Masa Kini dan Masa Depan; dengan matlamat untuk menggalakkan perbincangan yang wajar mengenai hubungan bersama, kepentingan jangka pendek dan jangka panjang, menggalakkan kerjasama antarabangsa dan mengukuhkan konsensus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad