Berita Terkini

1 jam yang lalu: Media tradisional perlu berinovasi dan berubah, menerima pakai teknologi baharu untuk menghadapi perubahan landskap media - Fahmi 1 jam yang lalu: Malaysia perlukan media bebas, berani bersuara tanpa rasa takut - Fahmi 3 jam yang lalu: Badminton Asia, BAM tandatangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi 3 jam yang lalu: Pekerja kuari maut dihempap bongkah batu 10 tan 3 jam yang lalu: Suku akhir Piala FA: Negeri Sembilan FC 1-3 Selangor FC

IKUTI KAMI


TH Laksana Pelbagai Langkah Tangani Kenaikan Kos Haji Berterusan - Menteri

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 1:57PM

TH akan terus mengamalkan perbelanjaan secara berhemah, demi menjaga kebajikan semua jemaah haji Malaysia dengan kos operasi wajar, yakni berkaitan dengan bayaran ibadah itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bagi menangani kenaikan kos haji berterusan, Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil beberapa langkah strategik, termasuk sudah memeterai perjanjian jangka panjang untuk beberapa perkhidmatan asas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkhidmatan itu turut membabitkan penerbangan charter haji, penyewaan bangunan penginapan di Makkah dan Madinah serta sajian makan jemaah bagi mengikat harga yang dikenakan

Katanya, TH akan terus mengamalkan perbelanjaan secara berhemah, demi menjaga kebajikan semua jemaah haji Malaysia dengan kos operasi wajar, yakni berkaitan dengan bayaran ibadah itu.

“Peningkatan kos haji pada tahun ini tidak dapat dielakkan, susulan beberapa faktor luar kawalan TH, termasuk kadar tukaran mata wang ringgit, berbanding Saudi Riyal dan Dollar Amerika, selain kadar inflasi serta percukaian di Arab Saudi.

“Ia juga disebabkan projek pembesaran berterusan di Makkah dan Madinah yang menyebabkan banyak bangunan penginapan jemaah dirobohkan, sekali gus memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan serta caj dikenakan pihak berkuasa Arab Saudi bagi pelbagai perkhidmatan disediakan, khususnya berkaitan kebajikan dan keselesaan jemaah haji di Tanah Suci,” katanya.

Bagi menangani kenaikan kos haji berterusan, Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil beberapa langkah strategik, termasuk sudah memeterai perjanjian jangka panjang untuk beberapa perkhidmatan asas - Gambar Fail
Bagi menangani kenaikan kos haji berterusan, Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil beberapa langkah strategik, termasuk sudah memeterai perjanjian jangka panjang untuk beberapa perkhidmatan asas - Gambar Fail

Beliau berkata demikian pada sesi jawapan berhubung kenaikan kos haji dan umrah di Dewan Rakyat hari ini yang turut dikongsikannya di Facebook.

Mengulas mengenai umrah, Mohd Na’im memaklumkan, isu kenaikan kos mengerjakan ibadah terbabit adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) buat masa ini.

Jelasnya, peningkatan kos itu berikutan permintaan tinggi dari jemaah seluruh dunia, membabitkan kos penginapan, logistik, tiket penerbangan dan keperluan lain.

“Isu permintaan tinggi itu adalah di luar bidang kuasa MOTAC. Bagaimanapun MOTAC sentiasa mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan.

“Perbincangan ini bagi mengenal pasti kebenaran isu dibangkitkan dan berharap dapat membantu mengatasi perkara ditimbulkan,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan kos menunaikan haji secara muassasah tahun ini dijangka meningkat kepada lebih RM31,000, berbanding RM28,632 bagi setiap jemaah pada musim lalu.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga TH, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata, kos itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM2,368.

Syed Saleh Abdul Rahman
Syed Saleh Abdul Rahman

Terbaharu, TH memaklumkan pihaknya akan tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah Muassasah tahun ini, meskipun terdapat peningkatan kos menunaikan ibadah itu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pada musim tahun ini, kadar bayaran haji untuk jemaah Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan ibadah itu ditetapkan RM11,980 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding, tahun lepas.

“Walaupun ada peningkatan RM1,000, kerajaan akan menanggung kenaikan tersebut dan bakal haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, bayaran itu meningkat sebanyak RM3,000 kepada RM15,980 seorang bagi jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji dan dalam kumpulan M40.

Manakala, katanya, bayaran penuh kos haji bagi kumpulan T20 ditetapkan pada harga RM30,850 seorang. – Getaran, 28 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lebih 500 Jemaah Haji Malaysia Masuki Makkah Esok

2

Filem & TV 3 hari yang lalu

Saya Tak Serik, Tapi Akan Lebih Hati-Hati – Azrel Ismail Dakwa Masih Belum Terima Baki Bayaran Tertunggak Stesen TV

3

Semasa 3 hari yang lalu

Pengguna Tidak Tinggal Serumah Guna 1 Akaun Netflix Akan Dicaj RM13 Sebulan

4

Selebriti 3 hari yang lalu

Awesome TV Buat Hal Lagi! – Giliran Aktres Veteran Norlia Ghani Tak Dapat Bayaran

Sorotan

1

HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

2

Rombakan Kabinet Hak Mutlak, Budi Bicara Perdana Menteri - Ahmad Zahid

3

‘Master In The House Malaysia’ Sajian Terbaharu TV3

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Konspirasi Jatuhkan Saya Akan Didedahkan, Mereka Heret…’ - Guan Eng

oleh Aiman Sadiq

Semasa 15 jam yang lalu

Warga Emas ‘Hilang’ Wang Simpanan RM129,800 Ditipu Polis Palsu

oleh Aiman Sadiq

Luar Negara 1 hari yang lalu

Seorang Lagi Pendaki Hilang Di Gunung Everest

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Agihan Kerusi PRN Diputuskan Hujung Mei - Bung Moktar