web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Sahkan Siasatan Rasuah Turut Dilakukan Terhadap Pemimpin Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 11:31AM

Anwar mendedahkan, siasatan sedang dijalankan terhadap pemimpin di kedua-dua pihak. - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, terdapat siasatan rasuah berterusan dilakukan terhadap beberapa pemimpin dalam blok kerajaan yang tidak dinamakan.

Semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Anwar mendedahkan, siasatan sedang dijalankan terhadap pemimpin di kedua-dua pihak, bukannya terhad kepada pembangkang sahaja.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai siasatan berkenaan.

“Saya tidak tahu (mengenai siasatan ini) secara khusus, tetapi saya dimaklumkan ada siasatan melibatkan mereka dalam blok pembangkang dan kerajaan.

“Saya tidak tahu kedudukan mereka. Saya hanya bertanya kepada pihak berkuasa yang mengesahkan ada siasatan (berlaku).

“Sama ada pendakwaan dibuat atau tidak, terpulang kepada pihak berkuasa-Jabatan Peguam Negara,” tambahnya.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff sama ada terdapat siasatan dijalankan terhadap Ahli Parlimen dalam blok kerajaan untuk mengelakkan pertikaian mengenai pendakwaan terpilih.

Pemimpin itu turut bertanya sama ada siasatan akan dijalankan terhadap dana politik parti kerajaan terbabit.

Menjawab pertanyaan itu, Anwar mengulangi jawapannya kepada soalan sebelum ini bahawa pembiayaan politik kepada parti kini boleh diterima, tetapi membayar balik dana dengan kontrak kepada pemberi pinjaman dianggap rasuah.

“Saya tiada masalah untuk menjalankan siasatan politik (ke atas parti kerajaan), tetapi perlu memahami undang-undang apabila membenarkan pembiayaan kepada parti politik. Apa yang membawa kepada pendakwaan sebelum ini adalah berhubung kontrak diberikan,” tegasnya.

Dari segi undang-undang, Anwar berkata, tidak ada percanggahan dalam mana-mana pihak menderma kepada parti politik, tetapi ia menjadi masalah rasuah apabila mereka mendapat kontrak, sama ada diperlukan atau tidak atau pembiayaan untuk diri mereka sendiri, syarikat mereka atau parti mereka.

Tambahnya, mereka yang ragu-ragu dan ingin menimbulkan persoalan sama ada wujud rasuah berhubung derma diberikan kepada PKR bebas berbuat demikian.

Sebelum ini, seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mendakwa mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganugerahkan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan menantunya, seperti dilaporkan media.

The Vibes melaporkan bahawa menantu Muhyiddin mungkin menjadi pemain utama dalam konsesi NIISe bernilai RM1.2 bilion kerana dia mempunyai hubungan dengan seorangdaripada pendahulu projek itu, penyedia penyelesaian keselamatan S5 Holdings Inc.

Pemfailan syarikat menunjukkan bahawa Datuk Muhamad Adlan Berhan yang berkahwin dengan anak Muhyiddin, Nabilah adalah pemegang saham Agathistwo Jia Sdn Bhd.

Sebelum peletakan jawatannya pada 21 September 2018, beliau adalah pengarah syarikat dan kekal sebagai seorang daripada pemiliknya. - The Vibes, 28 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar