web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aplikasi KitaJaga Bantu Rakyat Semak Harga Barang, Beli Secara Bijak - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 9:16PM

Rafizi Ramli berkata, konsep asas inisiatif itu adalah bagi membolehkan rakyat membeli secara bijak dengan memiliki data harga barang di hujung jari - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi memperkenalkan aplikasi penyemakan harga produk, KitaJaga yang dapat mempamerkan nilai harian untuk setiap barang runcit mengikut lokaliti tertentu di seluruh negara.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, konsep asas inisiatif itu adalah bagi membolehkan rakyat membeli secara bijak dengan memiliki data harga barang di hujung jari.

Katanya, kementerian itu akan memulakan usaha terbabit merangkumi barang runcit kerana kebanyakan kenaikan harga tertumpu di kategori ini, sebelum memperluaskannya kepada kategori lain untuk kegunaan rakyat.

“Kementerian Ekonomi juga akan bekerjasama dengan pihak perniagaan e-dagang untuk mengembangkan potensi pemantauan harga, supaya rakyat akan membiasakan diri dengan proses perbandingan dan pilihan mengikut data harga menyeluruh.

“Ini tidak bermaksud rakyat harus hanya membeli barangan murah, tetapi aplikasi sebegini dapat memberi penanda aras kepada pembelian, di samping memupuk minda dipacu data dalam kalangan masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan adalah hasil kolaborasi antara kementeriannya dengan organisasi tempatan, KitaJaga yang membangunkan aplikasi dan kegunaannya.

“Organisasi KitaJaga memanfaatkan data terbuka di laman web OpenDOSM yang dilancarkan beberapa bulan dahulu. Pembangun laman web dan coders digalakkan untuk terus menggunakan data berbutir (granular) dari OpenDOSM dalam produk yang memanfaatkan rakyat.

“Seperti diumumkan sebelum ini, Kementerian Ekonomi tekad memberi tumpuan jangka pendek kepada kebertanggungjawaban harga berpatutan dengan membangunkan ekosistem berasaskan data harga dari seluruh negara,” katanya.

Selain itu, Rafizi berkata, kadar inflasi Malaysia pada Februari lalu, kekal pada kadar 3.7 peratus ketika Januari, seperti diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 24 Mac.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, katanya, kenaikan inflasi bagi Februari 2023, ialah 0.2 peratus, berkadaran sama dengan dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Menurutnya, penyumbang utama kepada inflasi Februari masih kategori Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (7.0 peratus) akibat banjir yang meningkatkan harga sayuran, selain Restoran dan Hotel (7.4 peratus), disebabkan penambahan pelawat domestik dan antarabangsa.

“Sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih (pentadbiran) pada Disember 2022, kadar inflasi secara keseluruhan mencapai tahap stabil. Namun, kerajaan juga sedar bahawa harga barang kekal tinggi berbanding dengan pendapatan rakyat.

“Oleh itu, kerajaan tekad untuk meringankan beban rakyat dengan melaksanakan program berkaitan dengan kos sara hidup, peningkatan pendapatan dan keupayaan memilih,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran