web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemuka Permohonan Bertulis Untuk Bahas Laporan Polis Wan Fayhsal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 4:41PM

R S N Rayer menggesa Timbalan Speaker Dewan Rakyat supaya tidak membenarkan Wan Fayhsal ‘memperkecilkan’ prosiding Parlimen. - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan polis dibuat pemimpin pembangkang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang-PN) berhubung status pengecualian cukai Yayasan Albukhary menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini, dengan seorang Ahli Parlimen kerajaan mempersoalkan keperluan laporan tersebut.

R S N Rayer (Jelutong-PH) menggesa Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands-BN) supaya tidak membenarkan Wan Fayhsal ‘memperkecilkan’ prosiding Parlimen.

Rayer juga mendesak pembangkang untuk menjelaskan mengapa mereka tidak membangkitkan sebarang persoalan di Dewan Rakyat semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH) menjawab mengenai isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

“(Anwar) sudah menjelaskan di Parlimen bahawa Bagan (Lim Guan Eng) tidak pernah membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

“Tiada Ahli Parlimen yang membantah, tetapi dua hari kemudian (Wan Fayhsal) membuat laporan polis menuduh (Anwar) membuat kenyataan palsu di Parlimen.

“Saya tidak pasti sama ada (Wan Fayhsal) berada di sini ketika (Anwar) menjelaskan perkara itu, (tetapi) keputusannya untuk membuat laporan polis adalah melampaui batas dan harus dipandang serius oleh Dewan,” kata Rayer sambil disambut sorakan Ahli Parlimen kerajaan.

Beliau juga mempersoalkan mengapa sebelum membuat laporan polis, Wan Fayhsal tidak menyebut Peraturan Mesyuarat 36(12) Dewan Rakyat tentang bagaimana ahli yang mengelirukan Dewan dianggap sebagai menghina Dewan dan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen.

Kemarahan Rayer terhadap Wan Fayhsal mendorong Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran-PN) memberitahu pemimpin DAP itu bahawa beliau perlu mengemukakan permohonan bertulis untuk mencadangkan usul di bawah Seksyen 36(12) jika mahu membahaskan laporan polis tersebut.

Sependapat dengan Ronald, Ramli berkata, Rayer atau mana-mana Ahli Parlimen lain yang ingin membangkitkan isu mengenai laporan polis yang dibuat Wan Fayhsal boleh menulis kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Pada Sabtu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP, mendakwa Wan Fayhsal telah melakukan jenayah dengan membuat laporan polis palsu dan menghina prosiding Parlimen dengan cuba membawa perkara itu kepada pihak polis.

Dalam laporannya, Wan Fayhsal mendakwa Anwar mengelirukan Dewan Rakyat dengan menyatakan Menteri Kewangan tidak diberi kuasa di bawah undang-undang untuk memberikan pengecualian cukai.

Beliau juga berhujah bahawa Guan Eng telah berbohong tentang tidak membatalkan status pengecualian cukai yayasan itu. - The Vibes, 27 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar