web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 1:48PM

Menerusi saman itu, Lim Guan Eng menamakan Muhyiddin Yassin sebagai defendan tunggal - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan mengaitkannya dengan pembatalan pengecualian cukai ke atas Yayasan Albukhary baru-baru ini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengemukakan saman fitnah terhadap mantan Perdana Menteri itu hari ini.

Menurut laporan BH, Guan Eng, 62, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu menerusi firma guaman Tetuan Guok Partnership di Mahkamah Tinggi di sini.

Menerusi saman itu, Guan Eng menamakan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng berkata, Muhyiddin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac lalu dan dibebaskan dengan jaminan agensi penguatkuasaan itu pada waktu petang.

Mantan Ketua Menteri Pulang Pinang itu mendakwa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan fitnah pada hari sama, diikuti 11 dan 12 Mac lalu menerusi Facebook miliknya serta kemudian diterbitkan beberapa akhbar dan portal berita.

Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan, kenyataan fitnah itu sengaja dibuat kerana Muhyiddin mengetahui bahawa semua perhatian media dan akhbar tertumpu kepadanya, justeru beliau ingin mencari publisiti murahan serta cuba mengalih perhatian awam.

Selain itu, Guan Eng berkata, kenyataan fitnah itu antaranya bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan apabila ia tidak patut dikenakan cukai.

Plaintif berkata, ia juga bermaksud beliau bersifat perkauman, anti-Melayu dan anti-Islam dengan sengaja menyasarkan Yayasan Al-Bukhary serta dirinya, selain sengaja mensabotaj yayasan berkenaan.

Katanya, ia turut membawa maksud beliau seorang pendendam dan bertindak berdasarkan niat jahat dengan menyalahgunakan kuasa ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 2018 hingga 2020 serta seorang menteri yang tidak cekap.

Sehubungan itu, Guan Eng menuntut Muhyiddin memohon maaf dan menarik kesemua kenyataan terbabit.

Beliau menuntut permohonan maaf itu disiarkan menerusi akaun Facebook dan Twitter serta beberapa akhbar dan portal berita di negara ini dalam masa tujuh hari dari tarikh penghakiman.

Pada masa sama, Guan Eng turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi punitif yang akan ditaksirkan serta ditentukan mahkamah.

Tuntutan turut merangkumi injunksi menghalang Muhyiddin daripada mengeluarkan atau menerbitkan semula kenyataan fitnah atau apa-apa perkataan fitnah yang serupa. – Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menantu Muhyiddin: SPRM Kemuka Dokumen Tambahan Untuk Lengkapkan Notis Merah Interpol

3

Politik 2 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

4

Politik 2 tahun yang lalu

Muhyiddin, Sila Bantu Siasatan SPRM, Dedahkan Lokasi Menantu - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad