web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin, Sila Bantu Siasatan SPRM, Dedahkan Lokasi Menantu - Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 8:28AM

Fahmi Fadzil merangkap Ketua Penerangan Keadilan berucap pada Majlis Ceramah Perdana Arus Merah Kuning DUN Meru - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran pekerja asing bagi sebuah kementerian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa melibatkan menantunya.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil berkata bekas Perdana Menteri itu tidak harus berdiam diri sebaliknya perlu segera memberi penjelasan berhubung kes berkenaan dan memberitahu SPRM di mana kedudukan atau lokasi menantunya itu ketika ini.

“Tan Sri Muhyiddin kena jawab isu ini…beliau kena jawab dan saya cabar Tan Sri bantu SPRM cari menantunya untuk bantu siasatan," katanya ketika Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Meru dekat sini malam tadi.

Dilaporkan, SPRM sedang mengesan dua individu iaitu Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Menurut SPRM, semakan rekod oleh suruhanjaya itu juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lepas, dan setakat ini tiada rekod kedua-duanya telah kembali ke Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan membolehkan lebih banyak isu dan masalah rakyat dapat diselesaikan.

"Dalam konteks telekomunikasi misalnya, jika ada masalah, saya boleh terus bertindak mengatasinya dengan kerjasama pemain industri…landasan yang sama ini pastinya akan memberi lebih manfaat kepada rakyat," katanya.

Pengundian bagi PRN Selangor akan berlangsung serentak dengan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini manakala esok adalah pengundian awal. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar