web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 1:13PM

Lawatan rasmi tiga hari Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dilihat berjaya mengeratkan hubungan antarabangsa dan perdagangan sekali gus memperkukuh aktiviti keislaman. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac lepas dilihat berjaya mengeratkan hubungan antarabangsa dan perdagangan sekali gus memperkukuh aktiviti keislaman.

Timbalan Pengarah Institut Asia Eropah, Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers Peter Rogers berkata tiga aspek tersebut memberi tambah nilai kepada hubungan Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin sejak berpuluh tahun. 

“Lawatan berkenaan adalah kesinambungan kepada hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi iaitu sejarah awal selepas kemerdekaan negara, Arab Saudi merupakan negara terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Malaysia dan membuka kedutaan di negara ini sekitar 1961.

“Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang pertama dan hubungan itu sudah jelas cuma lawatan kali ini dilihat memperkukuh lagi jalinan sedia ada,” katanya pada program Apa Khabar Malaysia di Bernama TV hari ini.

Roy Anthony Rogers berkata pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi semasa lawatan itu ternyata membuka peluang penglibatan syarikat Malaysia di Timur Tengah sekali gus menambah pelaburan negara.

Selain itu, Roy Anthony Rogers juga menyifatkan Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan istimewa di bawah payung Islam terutama melibatkan pengurusan ibadah haji dan umrah yang memerlukan kerjasama kedua-dua negara.

“Seperti diketahui ada dua kota suci umat Islam terletak di Arab Saudi iaitu Makkah dan Madinah dan ini menjadikan hubungan ini istimewa sehingga Arab Saudi merupakan negara luar ASEAN pertama dilawat secara rasmi oleh Anwar sejak menyandang jawatan Perdana Menteri ke-10.

“Kita juga mengharapkan lawatan ini memberi ruang kepada penambahbaikan kuota dan kos bayaran haji supaya umat Islam di Malaysia dapat peluang menunaikan haji dengan kos yang lebih berpatutan walaupun kita sedar Arab Saudi berhadapan dengan kenaikan kos pengurusan ibadah itu ketika ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek