web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sasar Muktamad Pelan Subsidi Diesel Menjelang Ogos – Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 1:17PM

Ahmad Maslan berkata mekanisme kawalan subsidi diesel yang disasarkan kini sedang diusahakan serta perlu diselesaikan antara Jun dan Ogos - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka memuktamadkan pelan untuk subsidi diesel bersasar sekitar tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, mekanisme kawalan subsidi diesel yang disasarkan kini sedang diusahakan serta perlu diselesaikan antara Jun dan Ogos.

Namun, beliau memaklumkan, subsidi bahan api yang disasarkan untuk petrol tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat, sambil menyatakan ‘kerajaan masih belum melihat bila subsidi sasaran petrol akan dilaksanakan’.

“Satu pasukan petugas khas sudah dibentuk di bawah Kementerian Kewangan untuk bekerjasama dengan kementerian, jabatan dan agensi lain untuk mengkaji keperluan serta kebolehlaksanaan subsidi disasarkan.

“Pasukan itu akan mengenal pasti kaedah (untuk subsidi bersasar) yang menjimatkan kos dan masa, di samping mewujudkan implikasi kewangan paling sedikit kepada kerajaan,” tambahnya.

Beliau berkata, walaupun kerajaan masih belum menentukan kriteria subsidi bersasar, usaha sedang dijalankan untuk mewujudkan pusat data komprehensif mengenai perkara itu.

Pada bulan lalu, Ahmad memberitahu Dewan Rakyat bahawa subsidi 35 peratus untuk petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) tahun lepas, dinikmati individu dalam kumpulan pendapatan T20.

Menurutnya, hanya 24 peratus subsidi kerajaan untuk petrol, diesel dan LPG dinikmati golongan berpendapatan rendah.

Ujarnya, baki 41 peratus dinikmati kumpulan M40. – The Vibes, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Diesel Tanpa Subsidi RM3.35 Seliter Mulai Tengah Malam Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan Mulai Januari Tidak Benar - KPDN

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad