web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kapasiti Solat Jumaat, Fardu Di Masjid Dan Surau Jumaat Diperluas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 8:56PM

Kini lebih ramai umat Islam di Wilayah Persekutuan boleh menunaikan fardhu Jumaat selepas sedikit kelonggaran diberi pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. - Gambar SADIQ ASYRAF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Kapasiti jemaah solat Jumaat di semua surau Jumaat dan masjid di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diperluaskan kepada separuh daripada keluasan sebenar kedua-dua premis berkenaan, dengan penjarakan fizikal sejauh 1.5 meter.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, kebenaran itu turut mencakupi solat fardu lima waktu di dewan utama surau atau masjid.

Menurut beliau, keputusan berkenaan adalah berdasarkan perkenan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Mengikut ketetapan ini, aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan untuk diadakan selama 30 minit di surau Jumaat dan masjid yang diberikan kebenaran khas,” katanya hari ini.

Mohd Ajib berkata, semua ketetapan ini berkuatkuasa esok, serentak dengan pelaksanaan  solat Jumaat.

“Semua pelaksanaan ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, seperti digariskan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. – Getaran, 4 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar