web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MRSM Berbayar Tidak Sekali-Kali Ambil Hak B40 - ANSARA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 9:21PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan mewujudkan MRSM berbayar adalah bertujuan menyantuni kehendak kumpulan yang bersedia membayar dan mahukan model pengajian serupa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar untuk golongan elit sama sekali tidak akan mengambil hak dan kedudukan anak-anak  golongan B40 yang merupakan mandat utama Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Presiden Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA), Mohd Fadzli Yusof berkata, ini adalah satu langkah besar bagi perkembangan model dan modul sistem pendidikan MRSM yang selama ini dinantikan oleh semua pihak termasuk ahli ANSARA sendiri.

Menurut beliau, sejak sekian lama alumni ANSARA mengharapkan anak-anak mereka turut terpilih untuk menuntut di bawah sistem pendidikan MRSM. 

Mohd Fadzli Yusof - Gambar Facebook ANSARA
Mohd Fadzli Yusof - Gambar Facebook ANSARA

"Ini juga membuktikan bahawa kejayaan sistem pendidikan MRSM seharusnya dimanfaatkan bukan hanya untuk sesetengah golongan sahaja, dan sudah tiba masanya sistem pendidikan MRSM yang cemerlang dan amat bernilai ini dikongsikan untuk semua.

"Kami ANSARA Malaysia, alumni yang berpengalaman sebagai pelajar MRSM, dan turut sama merasai transformasi serta perubahan sistem pendidikan MRSM, amat yakin bahawa selama ini sistem pendidikan maktab telah diuruskan dengan cemerlang oleh pihak MARA, dan segala langkah baharu yang dicadangkan adalah satu keperluan demi kecemerlangan berterusan MRSM untuk mendepani era yang semakin mencabar,” katanya, hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas cadangan penubuhan MRSM berbayar, khusus untuk golongan elit tanpa mengganggu kuota yang diperuntukkan kepada pelajar daripada golongan memerlukan.

Baru-baru ini, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan, cadangan mewujudkan MRSM berbayar dizahirkan oleh kehendak alumni institusi pendidikan itu sendiri, yang mahukan model pengajian sama diberikan kepada anak-anak mereka.

Beliau berkata, cadangan mewujudkan MRSM berbayar adalah bertujuan menyantuni kehendak kumpulan yang bersedia membayar dan mahukan model pengajian serupa. 

Katanya, ketika ini MRSM sudah melahirkan hampir 200,000 alumni yang berjaya dan majoriti mereka kini berada dalam kelompok M40 dan T20.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar Fail
Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar Fail

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Fadzli berkata, ANSARA Malaysia sentiasa menyokong pengurusan MARA dan Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA baik dari segi pengurusan, pelaksanaan program, kebajikan pelajar dan sebagainya.

“ANSARA secara dasarnya memberikan sokongan penuh kepada MARA dalam perancangan dan perlaksanaan MRSM berbayar kerana amat yakin pihak majlis mengambil kira semua faktor secara terperinci yang bersandarkan statistik, kewangan, teknikal, pengalaman dan unjuran potensi,” katanya. 

Ujar beliau, pihaknya percaya ia bukan satu idea yang tangkap muat semata-mata, atau dibuat atas desakan pihak dan golongan tertentu.

"Di antara rasional yang harus dan telah diperjelaskan adalah bahawa Akta MARA 1966 membolehkan MARA memulakan perniagaan dengan maksud menyokong mandat pembangunan modal insan dan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.

"ANSARA difahamkan bahawa operasi MRSM berbayar ini akan dikendalikan oleh pihak MARA Corp yang akan mencari pembiayaan sendiri bagi membina dan mengurus selepas ia siap dibina,” katanya.

Beliau mengulas lanjut, MARA Corp boleh mengadakan mekanisme khas bersama Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA untuk berkongsi model, modul, falsafah, budaya serta kurikulum MRSM bagi digunapakai di MRSM berbayar. 

“MARA Corp akan mengenakan yuran bersesuaian dan munasabah, yang mana hasil kutipan yuran tersebut akan digunakan untuk menampung kos operasi termasuklah emolumen, perkhidmatan, perbekalan dan kos-kos lain berkaitan," katanya. - Getaran, 26 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Fitnah MARA: Mas Ermieyati Setuju Bayar Ganti Rugi RM50,000

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan