web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pecah Monopoli: Tiada Isu Kekurangan Tenaga Kerja - Sivakumar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 9:00AM

V Sivakumar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada pengurangan tenaga kerja berlaku sekiranya lebih banyak monopoli yang wujud di dalam negara dipecahkan.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata isu itu tidak timbul kerana keperluan tenaga kerja di negara ini adalah tinggi.

"Masalah yang saya lihat ialah ada ramai daripada penganggur yang terlalu memilih kerja, itu yang menjadi masalah.

"Jadi kalau kita hendak lihat tentang kekosongan yang wujud, memang banyak jadi proses ini saya rasa tidak akan memberi apa-apa kesan buruk kepada pekerjaan yang ada di negara kita, tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Iftar 2023 sebanyak RM155,000 kepada 31 masjid dan surau di kawasan Parlimen Batu Gajah di sini semalam bagi aktiviti bulan Ramadan dan pembangunan rumah ibadat umat Islam itu.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.  

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menguraikan lebih banyak monopoli berikutan keputusan kerajaan tidak melanjutkan konsesi perkhidmatan pemeriksaan kenderaan oleh Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).   

Sebelum ini, Anwar turut memaklumkan kerajaan akan mempertimbang semula monopoli Touch 'n Go (TNG) dalam pengangkutan dan jalan raya.

Dalam pada itu, Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah berkata kerajaan juga serius untuk memecahkan monopoli dalam sektor pengambilan pekerja asing ke negara ini supaya tiada pihak yang mengaut keuntungan tinggi daripada keperluan yang dihadapi oleh industri-industri pada masa ini.

"Memanglah kita tidak mahu mana-mana pihak untuk monopoli mana-mana perniagaan kecuali dalam keadaan yang memang tidak boleh dielakkan monopoli itu.

"Kalau boleh kerajaan hendak memastikan adanya satu persaingan yang sihat, kualiti barangan dan juga perkhidmatan itu boleh bertambah baik dan pada masa yang sama kita juga akan membolehkan kos menurun.

"Kalau kita biarkan mana-mana satu pihak untuk terus bermonopoli, maka yang akhirnya menjadi rugi ialah rakyat sebab yang monopoli itu selalunya akan mengaut keuntungan yang tinggi," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar