web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bangunkan Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama - Raja Muda Perlis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 7:00AM

Tuanku Syed Faizuddin pada lawatan ke Kapal Auksiliari Tun Azizan dekat sini semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Membangunkan rakyat bermentaliti kelas pertama perlu diberi keutamaan dalam setiap peringkat organisasi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju beridentiti sendiri, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah aspek pembentukan rakyat bermentaliti kelas pertama itu perlu menjadi agenda penting negara, dan usaha untuk memupuk mentaliti itu memerlukan segala tindakan secara sistematik dan terarah.

"Dalam hal ini, kita harus membentuk asas yang kukuh bagi menghasilkan sebuah mentaliti kelas pertama. Rakyat bermentaliti kelas pertama ialah rakyat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral.

"Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah organisasi, tetapi disertai dengan kekayaan mentaliti," titah baginda pada lawatan ke Kapal Auksiliari Tun Azizan dekat sini semalam.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Bukit Keteri, Padang Besar, Perlis, turut bertitah pengawalan perairan dan sempadan negara masih perlu diperkasakan, malah diperketat lagi bagi mengelakkan sebarang bentuk pencerobohan, penyeludupan dan memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin.

Titah baginda, semua pasukan keselamatan dan agensi berwajib yang lain di sempadan negara juga dimohon supaya terus mempertingkatkan lagi kawalan dengan penuh berdisplin, cekal dan berintegriti.

Baginda turut melawat kapal auksiliari itu dan kemudiannya, berbuka puasa bersama pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kapal berkenaan.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin yang mengadakan lawatan bersama delegasi kerajaan Perlis ke Sabah menerusi Eksesias Perlis-Sabah (Eks Perbah) bermula semalam hingga Isnin (27 Mac), berkenan meluangkan masa melawat pos keselamatan di beberapa pulau dekat sini.

Baginda berkenan melawat Pulau Libaran, Pulau Bakungan Kecil, Pulau Pamaguan dan Pulau Berhala, dan turut menyampaikan sumbangan kepada anggota keselamatan yang menjalankan operasi di situ. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Global Sumud Flotilla: Serangan Kedua Landa Kapal Misi Bantuan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen X: Kembara Ke Tanah Suci, Dulu Dan Kini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'LPK Mengecewakan, Tolonglah Jangan Berdolak Dalih' - Maritime Network

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perarakan Kapal Berhias Warnai Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam