web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yayasan Pahang Ubati Kesedihan 120 Mahasiswa Perantau

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 8:09PM

Ab Razak (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mahasiwa yang tidak dapat pulang beraya melalui Program Bantuan Prihatin Raya Mahasiswa Asnaf Yayasan Pahang di Masjid KUIPSAS, Kuantan, hari ini. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Walaupun tidak dapat bersama ahli keluarga tersayang pada Aidilfitri tahun ini akibat ancaman COVID-19, 120 mahasiswa dari empat institusi pengajian tinggi (IPT) di Pahang masih mempunyai sebab untuk tersenyum apabila nasib mereka mendapat perhatian Yayasan Pahang. 

Melalui program Bantuan Prihatin Raya Mahasiswa Asnaf Yayasan Pahang, semua pelajar berkenaan bukan sahaja menerima pelbagai barangan keperluan asas dan biskut raya, bahkan turut menerima duit raya daripada anak syarikat kerajaan negeri itu. 

Program tahunan melalui Pusat Khidmat Komuniti Mahasiswa (PKK-M) yayasan itu berlangsung di Masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), dekat sini, hari ini dan dihadiri Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Ab Razak Abu Musa Saari serta Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin. 

Semua penerima adalah mahasiswa dari KUIPSAS, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Kuantan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP). 

Yayasan Pahang memperuntukkan kira-kira RM24,000 bagi menjayakan program terbabit tahun ini. 

Seorang penerima bantuan, Mohamed Mikhail Mohamed, 22, berkata sumbangan itu sedikit sebanyak dapat menghilangkan sedikit kerinduan kepada keluarganya yang berada di Ayer Hitam, Pulau Pinang. 

"Ini kali pertama menyambut Aidilfitri berjauhan daripada keluarga kerana tahun lalu kami mengikuti pengajian secara dalam talian, jadi bolehlah beraya bersama keluarga. 

"Ini adalah pengalaman baharu untuk saya dan rakan-rakan yang lain dan kita kena terima hakikat bahawa wabak ini memang banyak mengubah cara hidup kita," katanya yang kini berada di tahun akhir pengajian peringkat ijazah sarjana muda dakwah di KUIPSAS. 

Mohamed Mikhail bagaimanapun beruntung kerana mempunyai saudara yang menetap di Balok, dekat sini dan bercadang untuk mengunjungi rumah saudaranya itu bagi menghilangkan kerinduan kepada ahli keluarganya. 

"Itu adalah antara perancangan saya buat masa ini. Kalau tidak, saya luangkan masa bersama rakan-rakan yang turut tidak pulang beraya," kata anak sulung daripada tiga beradik itu. 

Sementara itu, seorang lagi mahasiswa KUIPSAS, Ahmad Adli Abdul Rahim, 21, dari Kuala Terengganu berpendapat sambutan Aidilfitri tahun ini menjadi paling menarik kerana ia adalah pengalaman baharu untuknya merasai suasana beraya di perantauan. 

Anak sulung dari lima beradik yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda syariah kehakiman itu belum memikirkan apa yang akan dilakukan pada hari raya pertama nanti. 

"Nak kata tidak sedih (sebab tidak boleh balik beraya bersama keluarga) memang tidak logiklah tapi ia cabaran baharu untuk saya dan dengan adanya rakan-rakan yang lain, InsyaAllah, ia dapat diatasi. 

"Mungkin saya akan mengunjungi rumah rakan yang menetap di sekitar Kuantan sebagai aktiviti sambutan Aidilfitri kali ini," katanya yang mengakui masih belum membeli pakaian raya lagi setakat ini. – Getaran, 6 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Politik 2 tahun yang lalu

Masih Ada Program Perguna Penuntut IPTA, ‘Tak Sangka Ada Lagi Benda Macam Ni’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Buru Penunggang Buat Aksi ‘Whelie’ Pakai Baju Melayu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

E-Tunai Belia Rahmah, Nilai Tambah Kepada Inisiatif Sedia Ada Bantu Mahasiswa

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad