web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


IJM Sedia Laksana Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 8:34PM

IJM Corporation Berhad komited untuk melaksanakan sepenuhnya sistem pembayaran terbuka di semua tol milik syarikat itu, seperti yang diumumkan oleh kerajaan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - IJM Corporation Berhad komited untuk melaksanakan sepenuhnya sistem pembayaran terbuka di semua tol milik syarikat itu, seperti yang diumumkan oleh kerajaan. 

Perkara terbabit disuarakan oleh pemilik Lebuhraya Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol, khususnya ketika waktu puncak dan musim perayaan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, melalui pelaksanaan ini, pengguna lebuh raya akan mempunyai pilihan kaedah untuk mereka melakukan pembayaran tol. 

"Antara kaedah lain yang akan diaplikasikan adalah dengan menggunakan kad debit atau kredit ketika menggunakan lebuhraya.

“Kami telah mengadakan sesi perbincangan bersama dengan pihak Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta pihak lain yang berkaitan sejak awal tahun lagi," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Wan Salwani berkata, pertemuan antara pihaknya dan kerajaan dilaksanakan bagi merancang untuk mengimplementasikan sistem pembayaran terbuka.

“Menteri ada menyebut menjelang September tahun ini sistem pembayaran terbuka ini akan diadakan kepada pengguna lebuh raya. 

"Oleh yang demikian, kami akan berusaha untuk mencapai garis masa dinyatakan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak lima lebuh raya di seluruh negara akan mula melaksanakan sistem pembayaran terbuka menjelang September tahun ini.

Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

Menurut beliau, ia dilakukan bagi memastikan sistem itu dapat berfungsi dengan baik sebelum diperluas ke lebuh raya lain.

Alexander berkata, walaupun beberapa lagi syarikat konsesi menunjukkan minat dan menyatakan kesediaan untuk turut serta dalam sistem pembayaran, namun usaha itu tidak boleh dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan pembangunan perancangan terlebih dahulu.

Nanta berkata, usaha untuk melaksanakan sistem bayaran tol terbuka itu telah dilakukan pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) daripada Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (BPP) sejak 2022 lagi.

Katanya, ia mengambil masa yang agak lama kerana hal berkenaan bukan satu perkara mudah selain perlu melalui banyak proses. 

Jelasnya, ia termasuk dari aspek teknikal, perundangan dan kewangan yang perlu diperhalusi dan diperjelaskan oleh semua pihak terlibat sebelum keputusan memulakan sistem pembayaran terbuka ini di lima lebuh raya pertama dapat dicapai. - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad