web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumlah Kematian Akibat Tibi Meningkat, Pesakit Sila Teruskan Rawatan!

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 5:29PM

Dr Zaliha Mustafa berkata, sejumlah 2,288 kematian akibat tibi dicatatkan pada 2021 berbanding 2,572 tahun lalu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kematian akibat tibi di Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 12 peratus atau 284 tahun lalu, berbanding 2021.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sejumlah 2,288 kematian dicatatkan pada 2021 berbanding 2,572 tahun lalu.

Beliau memberi amaran, pesakit yang berhenti mengambil rawatan dan enggan meneruskan rawatan boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. 

Dr Zaliha Mustafa  - Gambar Fail
Dr Zaliha Mustafa - Gambar Fail

“Rawatan bagi penyakit tibi paru-paru adalah penting bagi kesembuhan dan mengelakkan komplikasi yang boleh menyebabkan morbiditi dan mortaliti.

“Mana-mana individu yang disabitkan dengan kesalahan di bawah akta ini boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dr Zaliha menyatakan demikian sempena sambutan Hari Tibi Sedunia yang diadakan 24 Mac setiap tahun, untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha kawalan dan pencegahan yang dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata, tema tahun ini iaitu ‘Yes! We Can End TB!’ memberi inspirasi dan harapan kepada negara dalam usaha serta strategi menamatkan epidemik tibi menjelang tahun 2035.

Usaha berkenaan jelasnya, dilaksanakan melalui penglibatan kepimpinan peringkat tinggi bagi meningkatkan pelaburan dan bersama-sama menggembleng seluruh usaha, tenaga, kepakaran serta inovasi.

“KKM (Kementerian Kesihatan) menyarankan agar semua pesakit sentiasa mematuhi jadual rawatan yang telah ditetapkan. Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bag memastikan pesakit tidak terhenti rawatan.

“Salah faham berkaitan penyakit tibi seta stigma terhadap pesakit dan keluarga perl dihentikan. Komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama erat daripada sema agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi memastikan hasrat Malaysia menamatkan tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zaliha memberitahu, jumlah kes yang dilaporkan di negara ini pada 2022 adalah 25,391 (kadar notifikasi 77.8 bagi setiap 100,000 penduduk) dengan peningkatan sebanyak 3,664 kes (17%), berbanding 21,727 (kadar notifikasi 63.5 setiap 100,000 penduduk) pada tahun 2021. 

“Pada 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat 10.6 juta kes tibi di seluruh dunia yang melibatkan 6 juta lelaki, 3.4 juta wanita dan 1.2 juta kanak-kanak. 

“WHO menganggarkan kadar insiden tibi bagi Malaysia adalah 97 setiap 100 ribu penduduk, namun kadar insiden yang dilaporkan di negara kita ini adalah lebih rendah berbanding sasaran tersebut “ katanya.

Jelas beliau, usaha bagi meningkatkan kadar pengesanan kes melalui saringan awal penyakit tibi perlu ditingkatkan. 

“Individu yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti penyakit tibi seperti kontak kepada kes tibi, pesakit HIV, penyakit buah pinggang kronik, penyakit pulmonari kronik (jenis obstruktif) dan perokok aktif adalah dinasihatkan melakukan saringan penyakit tibi,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek