web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan Afghanistan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 9:01AM

Anwar berkata Malaysia tegas dalam soal pendidikan wanita dan berpendirian bahawa hak golongan itu ke atas pendidikan tidak boleh dinafikan. - Gambar ihsan PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Malaysia sedia bekerjasama bahkan meningkatkan hubungan dengan Afghanistan, negara di bawah pentadbiran Taliban yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, awal bulan ini sebagai negara paling menindas dan merampas hak wanita dan kanak-kanak perempuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia itu telah disampaikan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bersedia membantu dari segi perhubungan  Malaysia dengan Kerajaan Afghanistan.

Beliau berkata bagaimanapun Malaysia tegas dalam soal pendidikan wanita dan berpendirian bahawa hak golongan itu ke atas pendidikan tidak boleh dinafikan.

“Masalah sekarang ini ialah sikap mereka terhadap pendidikan wanita, sama ada dia nak buat universiti khusus wanita ataupun sekolah khas wanita, itu pilihan mereka, tetapi tidak boleh menafikan hak wanita dalam bidang pendidikan,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Rabu.

Terdahulu, Anwar yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha dan delegasi OIC, di Makkah selepas selesai beliau menunaikan ibadah umrah.

Anwar yang ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, 6.40 pagi waktu tempatan.

Media antarabangsa antara lain sebelum ini melaporkan Kerajaan Afghanistan menghalang kanak-kanak perempuan daripada mendapat pendidikan melebihi gred enam dan wanita dari ruang awam seperti taman serta gim.

Bagaimanapun, Jumaat lepas, pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilapor berkata bahawa pelajar perempuan akan kembali bersekolah sebaik sahaja isu dalaman di negara itu diselesaikan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad