web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sistem e-Plat Mungkin Tidak Diwajib Kepada Kenderaan Sedia Ada – Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 10:00PM

Anthony Loke - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sistem ‘e-plat’ berkemungkinan tidak akan diwajibkan kepada kenderaan sedia ada dan dilaksanakan secara beransur-ansur untuk yang baharu apabila diperkenalkan nanti.

Sistem berbentuk nombor plat pendaftaran kenderaan standard itu, dilengkapi cip mikro keselamatan yang dikatakan dapat mencegah jenayah.

Loke berkata, pelaksanaan pelan itu yang ditetapkan sejak 2018, bukan perkara mudah, namun Kementerian Pengangkutan sedang berusaha merealisasikannya.

“Seperti disarankan, sebarang pelaksanaan tidak akan diwajibkan. Kalau kita wajibkan sistem e-plat, saya tahu ramai akan merungut,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya berhubung perbahasan Bajet 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagi pemilik kenderaan lama, jika kementerian meminta mereka menukar kepada sistem e-plat, ia sudah pasti menyebabkan kos lebih tinggi.

“Jika dilaksanakan untuk kenderaan baharu, ia mungkin dilakukan secara beransur-ansur,” tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada cadangan mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong supaya kerajaan beralih kepada sistem e-plat dan memasukkan komponen di dalamnya, seperti sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Ka Siong yang juga Presiden MCA berpendapat, ia boleh mencegah kecurian kereta kerana pengecaman nombor plat automatik dapat dilakukan melalui pelaksanaan RFID.

Loke turut bersetuju dengan Ka Siong untuk membabitkan agensi insurans kerana mereka menyediakan pampasan sekiranya kenderaan dicuri.

Beliau menambah bahawa melaksanakan sistem lebih baik akan mewujudkan situasi ‘menang-menang’ kerana kes kecurian kenderaan boleh berkurangan dan agensi insurans mendapat keuntungan.

Pada masa sama, Loke berkata, kementerian itu akan mengkaji untuk menambah baik sistem digital, seperti mySikap, portal dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sama ada ia perlu dipindahkan ke sistem perkhidmatan awan.

“Dari segi pendigitalan agensi kerajaan, ramai yang akan bertukar ke arah sistem perkhidmatan awan.

“Tetapi ada juga isu keselamatan perlu diteliti bagi memastikan tiada masalah,” tambahnya.

Sebelum ini, Loke mengumumkan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu lagi mempamerkan pelekat cukai jalan mereka pada kenderaan persendirian, sebaliknya menggalakkan pemandu memuat turun aplikasi MyJPJ atau melawat portal awam jabatan itu, bagi melihat maklumat kenderaan dan lesen memandu mereka.

Bagaimanapun, Wee mengkritik MyJPJ, dengan menyifatkan ia tidak selamat dan berisiko menyebabkan informasi peribadi bocor. – The Vibes, 22 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar