web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar, Isteri Selesai Umrah, ‘Mendoakan Kesejahteraan Buat Rakyat, Negara’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 8:00PM

Perdana Menteri selesai menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai menunaikan umrah hari ini.

Ibadah itu dilaksanakan mereka sempena lawatan rasmi tiga hari Anwar ke Arab Saudi.

Berkongsi momen itu di Facebook, Anwar memaklumkan, beliau turut mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan untuk rakyat dan negara.

“Alhamdulillah, saya bersama Azizah dan delegasi Malaysia selesai melaksanakan ibadah umrah sebentar tadi.

“Mendoakan kesejahteraan buat rakyat dan negara serta usaha kita menjadikan Malaysia kembali kuat dan gah diberkatiNya, Insyaallah,” katanya.

Beliau turut berkongsi beberapa foto sedang menunaikan umrah menerusi hantaran itu.

Terdahulu, Anwar, isteri dan delegasinya tiba di negara berkenaan pagi ini, bagi memulakan lawatan rasmi sulung ke negara Timur Tengah itu selepas menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Royal Pavillion, Lapangan Terbang King Abdulaziz pada jam 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia).

Delegasi Anwar turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Ketibaan mereka disambut Gabenor Jeddah, Putera Saud bin Abdullah bin Jalawi Al Saud dalam upacara sambutan rasmi dengan kawad statik.

Selepas mengerjakan umrah, delegasi itu dijadual menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Persatuan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL) Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa, hari ini.

Sepanjang lawatan, Anwar akan menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi di Istana Al Salam.

Pada tahun 2022, Arab Saudi adalah rakan dagang, destinasi eksport ketiga dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat, dengan jumlah dagangan dua hala berjumlah RM45.52 bilion (USD10.26 bilion), iaitu menyaksikan peningkatan sebanyak 159.2 peratus, berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, eksport ke Arab Saudi meningkat sebanyak 43.8 peratus berjumlah RM7.28 bilion (USD1.66 bilion), manakala, jumlah import daripada Arab Saudi mencatatkan peningkatan sebanyak 205.8 peratus, iaitu berjumlah RM38.24 bilion (USD8.60 bilion). – Getaran, 22 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar