web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Roger Ng Mohon Pindah Ke Penjara Selebriti AS, Dakwa Alami PTSD

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 1:46PM

Roger Ng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng memohon hakim membenarkannya menjalani hukuman penjara 10 tahun di penjara kawalan keselamatan rendah di Danbury, Connecticut.

Peguamnya, Marc Agnifilo yang menulis surat kepada hakim daerah Amerika Syarikat (AS) Margo Brodie mengenai perkara itu berkata, Roger mengalami gangguan stres pasca trauma (PTSD) selepas dia berada di penjara Malaysia selama enam bulan, menunggu ekstradisinya ke AS untuk perbicaraan.

Bloomberg juga melaporkan permintaan Agnifilo agar Ng ditempatkan dalam ‘penjara kawalan keselamatan paling rendah’ di penjara Danbury yang dikatakan menjadi inspirasi untuk siri televisyen Netflix Orange Is the New Black.

Kemudahan itu menyaksikan sebahagian besar pesalah selebriti seperti pemilik rangkaian hotel di AS, Leona Helmsley yang dipenjarakan kerana mengelak cukai pada awal 1990-an, bintang realiti TV, Teresa Giudice dan penyanyi, Lauryn Hill.

Selain Ng, Ghislaine Maxwell juga memohon untuk menjalani hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan pemerdagangan seks di Danbury.

Bagaimanapun, dia dihantar ke penjara di Florida.

Sebelum ini, Ng dilaporkan sebagai berkata, dia tidak boleh membayar denda AS$35 juta (RM156 juta) kerana kerajaan Malaysia mengambil ‘semua wang miliknya’.

Ng didapati bersalah pada April kerana bersubahat untuk melanggar undang-undang antirasuah AS dan pengubahan wang haram.

Bekas bos Goldman dan konspirator bersama 1MDB, Tim Leissner, sebelum ini mengaku bersalah dan menjadi saksi utama kerajaan terhadap Ng.

Leissner yang dijadual dijatuhkan hukuman pada 6 September, diperintahkan awal bulan ini untuk mencairkan aset kepada wang tunai berjumlah AS$43.7 juta (RM196 juta) serta 3.3 juta saham dalam syarikat minuman kecergasan Celsius Holdings Inc. – The Vibes, 22 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga