web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelab Hiburan Persembah ‘Thai Hot Guy’ Tiada Lesen, Bakal Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 1:25PM

Lesen restoran syarikat yang memiliki Privacy Club sudah tamat pada 4 Februari 2021. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dalam proses mengenakan tindakan penguatkuasaan terhadap penganjur acara hiburan di Privacy Club yang dirancang diadakan minggu depan, sekiranya wujud pelanggaran peraturan dan syarat.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, hasil siasatan awal DBKL mendapati, premis itu dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd.

Katanya, bagaimanapun lesen restoran syarikat terbabit sudah tamat pada 4 Februari 2021.

 “Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan dan tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdahulu, Pejabat Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri menerima laporan mengenai perancangan penganjur kelab hiburan terbabit untuk mengadakan acara berkenaan.

“Setelah meneliti iklan di Facebook bar berkenaan, pihak kami mendapati acara hiburan itu bakal menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand, dengan berpakaian wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy, sebagai tarikan utamanya,” katanya.

Terdahulu, Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya acara pembukaan kelab itu yang dijadual berlangsung 30 Mac ini pada jam 6 petang kerana didakwa mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Ketua Pergerakannya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, justeru pihaknya membuat laporan polis hari ini.

Malah, katanya, Pemuda UMNO mendesak pihak penganjur membatalkan acara berkenaan.

Dr Akmal berkata, semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik lain diseru bersatu hati untuk menentang perkara terkutuk itu.

Menerusi tangkap layar poster iklan terbabit yang tular di media sosial, ia memaparkan empat lelaki bertubuh sasa mengenakan pakaian menyerupai wanita dan mencolok mata.

Kelmarin, sebuah akaun Facebook memuat naik hantaran mengenai acara itu yang mengajak orang ramai hadir.

Penganjuran acara itu turut dikecam Dewan Ulama PAS Pusat kerana mencemarkan kemurnian dan kemuliaan Ramadan.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, ia juga tidak sepatutnya dianjurkan dalam negara kerana menampilkan lelaki berpakaian wanita, sekali gus bertentangan dengan agama dan budaya ketimuran diamalkan masyarakat Malaysia.

Menurutnya, kehadiran kumpulan terbabit adalah menjijikkan dan tidak senonoh.

Ia juga mendorong ke arah mempromosi ideologi dan perlakuan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam negara. - Getaran, 22 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Terima Kecaman Ramai, Program ‘Thai Hot Guy’ Dibatalkan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Cemari Kemuliaan Ramadan, PAS Kecam Penganjuran Program Thai Hot Guy

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan