web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 9:13AM

Dr Muhamad Akmal Saleh - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya acara pembukaan sebuah kelab hiburan di ibu negara pada hujung bulan ini yang didakwa mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Ketua Pergerakan itu, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, justeru pihaknya akan membuat laporan polis hari ini.

Malah, katanya, Pemuda UMNO mendesak pihak penganjur membatalkan acara berkenaan.

“Jika tiada tindakan pembatalan dari pihak penganjur, kami sendiri akan pergi dan membatalkan program tersebut.

“Kita tidak memerlukan orang yang tidak tahu menghormati sensitiviti sesama sendiri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Dr Akmal berkata, semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik lain diseru bersatu hati untuk menentang perkara terkutuk itu.

“Ini negara kita, maka cara dan budaya kita!

“Enough is enough! (cukup-cukuplah),” tegasnya.

Menerusi hantaran sama, Dr Mohamad Akmal berkongsi tangkap layar iklan acara itu yang dijadualkan berlangsung 30 Mac ini pada jam 6 petang di premis berkenaan.

Iklan terbabit turut memaparkan empat lelaki bertubuh sasa mengenakan pakaian menyerupai wanita dan mencolok mata.

Menerusi maklumat tertera di iklan berkenaan, kumpulan itu akan mengadakan persembahan pada acara berkenaan.

Kelmarin, sebuah akaun Facebook memuat naik hantaran mengenai acara itu yang mengajak orang ramai hadir.

Terdahulu, Dewan Ulama PAS Pusat mengecam penganjurannya kerana mencemarkan kemurnian dan kemuliaan Ramadan.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, ia juga tidak sepatutnya dianjurkan dalam negara kerana menampilkan lelaki berpakaian wanita, sekali gus bertentangan dengan agama dan budaya ketimuran diamalkan masyarakat Malaysia.

Menurutnya, kehadiran kumpulan terbabit adalah menjijikkan dan tidak senonoh.

Ia juga mendorong ke arah mempromosi ideologi dan perlakuan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam negara. - Getaran, 22 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad