web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majlis Madani Platform Bina Negara Madani Sempurna

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 8:58PM

Ahmad Zahid Hamidi (tengah) - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan menubuhkan Majlis MADANI sebagai inisiatif menterjemahkan pelaksanaan konsep MADANI, bagi membina negara MADANI yang sempurna, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penglibatan dalam Majlis MADANI, yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, merangkumi badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam.

“Majlis MADANI ditubuhkan sebagai platform untuk semua pihak lakukan keterlibatan, dalam membina negara MADANI yang sempurna,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Perpaduan NGO-NGO Islam di Bangi, dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata sebarang keputusan yang dibuat dalam mesyuarat majlis berkenaan, akan diumumkan sendiri oleh perdana menteri.

“Di sana (majlis), banyak bukan hanya soal falsafah dan konsep tetapi program-program yang akan dilakukan. Kita tunggulah hingga Yang Berhormat Perdana Menteri membuat pengumuman terhadap keputusan-keputusan mesyuarat Majlis MADANI,” katanya.

Pada konvensyen itu, sebanyak 10 resolusi telah disepakati oleh NGO Islam, antaranya membangunkan kompleks lengkap dengan fasiliti seperti pejabat, dewan seminar, dewan serbaguna dan bilik latihan.

Kompleks itu akan dimiliki bersama gabungan NGO Islam dengan bantuan dana kerajaan, bagi membolehkan kerja-kerja khidmat sosial dan kesukarelawanan dilaksanakan dengan lebih terancang, teratur, dan tersusun demi manfaat masyarakat.

Mengenai resolusi membangunkan kompleks itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada Anwar dan ‘hampir pasti’ akan dipersetujui perdana menteri.

“Ini tentunya memerlukan dana yang mungkin saya akan bisikkan terus kepada beliau…umpamanya Belanjawan 2024 mungkin beliau boleh memasukkan permintaan NGO Islam ini,” katanya.

Ditanya tindakan segelintir pihak meniupkan sentimen kaum dan agama, Ahmad Zahid berkata semua pihak perlu mencari titik persamaan dan tidak melayani titik perbezaan, memandangkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

“Beliau (Perdana Menteri) sangat ikhlas untuk mengajak kita semua mencari titik persamaan dan bukan melayani titik perbezaan dalam kalangan kita. Kita menghormati kepelbagaian pegangan, namun di dalam soal-soal prinsip kita harus bersama,” katanya.

Anwar sebelum ini mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu meniupkan sentimen kaum dan agama, serta telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk berwaspada bagi menjaga keamanan negara, agar sentimen itu tidak digunakan untuk menimbulkan kekacauan.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid mengumumkan dana RM1 juta kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, untuk menjalankan aktiviti tahunan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad