web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbabit Penipuan Jual Darjah Datuk Seri Ratusan Ribu, 2 Individu Didakwa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 12:15PM

Hussein Omar Khan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua individu yang ditahan polis susulan dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan penjualan darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ Selangor, dituduh di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pertuduhan ke atas kedua-dua individu itu dibuat selepas Timbalan Pendakwaraya menilai keterangan hasil siasatan pihak polis berhubung kes terbabit.

“(Terdahulu) Pada Februari 2023 pihak polis Selangor menerima satu laporan polis dari seorang mangsa mendakwa dirinya sudah ditipu di dalam urusan mendapatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan, Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato’ Seri dengan syarat membuat bayaran sumbangan sebanyak RM600,000.

“Untuk meyakinkan mangsa yang juga seorang lelaki warganegara Malaysia, suspek memberikan sepucuk surat kononnya dikeluarkan pihak istana bagi pengurniaan darjah tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat terpedaya dengan penipuan dan surat diterima itu, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM140,000 secara berperingkat.

“Bagaimanapun, mangsa berasa ditipu suspek apabila mendapati namanya tidak ada dalam senarai penerima darjah.

“Mangsa tidak menjelaskan baki bayaran kepada suspek, sebaliknya membuat laporan polis,” tegasnya.

Hussein berkata, susulan laporan itu, pihak polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah penipuan.

Malah, katanya, pihak polis mendapatkan pengesahan dari pihak istana berhubung surat diberikan suspek kepada mangsa.

Pihak istana, ujarnya, mengesahkan bahawa surat itu tidak pernah dikeluarkan dan ia adalah palsu.

“Hasil daripada siasatan dijalankan, pada 15 dan 17 Mac lalu, pihak polis membuat dua siri serbuan di Melaka serta Selangor dan menangkap dua suspek lelaki warganegara Malaysia, dipercayai terlibat di dalam kes ini.

“Turut dirampas adalah surat dipercayai palsu tersebut dan beberapa telefon bimbit yang digunakan kedua-dua mereka dalam aktiviti penipuan terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tipu helah dilakukan mana-mana individu atau kumpulan individu dalam urusan pembelian darjah kebesaran.

“Pihak polis sudah mendapat pengesahan dengan pihak istana bahawa tidak sesekali wujud penjualan darjah kebesaran dari pihak istana. Kegiatan jenayah ini juga mencemarkan nama baik dan imej istana Selangor.

“Pihak polis ingin menegaskan sekiranya terdapat mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan nama istana dalam apa-apa jua aktiviti jenayah, pihak polis akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mereka,” katanya. - Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad