web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


60 Syarikat Gergasi, Multinasional Diminta Tampung Pembiayaan TVET - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 12:10PM

Anwar Ibrahim berkata pendekatan itu adalah bagi memberi peluang syarikat berkenaan membantu secara langsung kepada rakyat menerusi pengambilalihan, penyelenggaraan dan latihan menggunakan kos syarikat - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 60 syarikat gergasi termasuk multinasional diminta untuk menampung pembiayaan pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan itu adalah bagi memberi peluang syarikat berkenaan membantu secara langsung kepada rakyat menerusi pengambilalihan, penyelenggaraan dan latihan menggunakan kos syarikat.

“Kita minta syarikat bantu secara langsung sama ada projek rakyat miskin, dan dalam kes ini secara khusus (membantu) TVET kerana TVET ini melatih anak muda kita, Melayu dan Bumiputera untuk tingkatkan kemahiran bagi mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan upah atau gaji lebih tinggi,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang ingin tahu jika terdapat syarikat besar lain yang menyumbang keuntungan kepada rakyat.

Menurut Perdana Menteri antara syarikat yang terlibat antaranya adalah Sunway Berhad, Berjaya Corporation Berhad, syarikat dalam Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Telekom Malaysia (TM) dan Kumpulan Syarikat Albukhary yang secara spesifik menawarkan untuk membantu mengambil alih TVET di Pekan, Pahang dan Tanjung Malim, Perak.

Menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkenaan cukai sepatutnya digunakan untuk membantu golongan susah, Anwar berkata pendekatan kerajaan sekarang adalah berbeza, dengan syarikat besar diminta menyalurkan bantuan kewangan secara terus kepada golongan sasar dan bukannya memberi sumbangan kepada parti politik atau individu perseorangan.

“Saya memilih memanggil (tokoh korporat) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, (dan untuk) memberi manfaat kepada negara dan bagi kepentingan pesawah miskin, (saya) minta dia derma kepada pesawah secara langsung.

“RM60 juta kepada pesawah; dan dengan 30 peratus keuntungan yang dicatat lebih 20 tahun, ini kali pertama minta dia berikan 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi,” katanya.

Menjawab soalan asal Cha berkenaan tuduhan bahawa Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary semasa menjadi Menteri Kewangan, Anwar mengesahkan Lim tidak pernah membuat sebarang pembatalan berhubung perkara itu.

Anwar berkata dakwaan itu tidak benar, dan hakikatnya kelulusan pengecualian cukai Yayasan Albukhary hanya dibuat pada 25 Februari 2021.

“Hakikatnya kelulusan hanya dibuat pada 25 Februari 2021 iaitu kelulusan meluluskan sesuatu pengecualian cukai yang di luar kebiasaannya yang melibatkan kedua-dua Yayasan Albukhary dan Kumpulan (Syarikat) Albukhary,” katanya. 

Anwar berkata mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), pengecualian cukai bukan kuasa menteri atau perdana menteri, sebaliknya ia kuasa mutlak Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran