web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guan Eng Tidak Pernah Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Albukhary – Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 11:30AM

Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan ketika itu tidak pernah membatalkan sebarang pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary sebelum ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng tidak membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary ketika Pengerusi DAP itu menyandang jawatan Menteri Kewangan.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar menolak tuduhan dilemparkan terhadap Lim berhubung perkara itu, dengan menyatakan Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak memberi kuasa kepada menteri berhubung perkara pengecualian cukai.

“Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, Bagan (Lim) sebagai menteri kewangan ketika itu tidak pernah membatalkan sebarang pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary sebelum ini.

“Dakwaan dia (Lim) berbuat demikian adalah tidak benar kerana kelulusan pengecualian cukai untuk Yayasan Albukhary hanya dibuat pada 25 Februari 2021.

“Di bawah seksyen itu, kuasa mutlak berhubung isu pengecualian cukai diberikan kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri, bukan menteri, malah Perdana Menteri,” kata Anwar.

Guan Eng adalah Menteri Kewangan ketika pentadbiran singkat kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Kerusi menteri beliau itu diganti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pemerintahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Yayasan Albukhary ialah sebuah kumpulan ditubuhkan jutawan dermawan, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang dianggap Muhyiddin sebagai kawan rapat.

Anwar berkata, pendekatan kerajaannya untuk berurusan dengan syarikat dikecualikan cukai adalah ‘berbeza’ daripada pentadbiran terdahulu, malah tumpuannya adalah untuk meringankan beban ditanggung rakyat yang bergelut dari segi kewangan, bukannya keuntungan politik.

“Sebelum ini, kerajaan akan meminta syarikat gergasi yang dikecualikan cukai untuk menyumbangkan dana sebagai sumbangan kepada pihak atau individu.

“Saya sudah bercakap dengan Syed Mokhtar dan meminta sumbangan untuk terus diberikan kepada pesawah. Antara parti dan pesawah, saya memilih untuk membantu pesawah kita,” katanya.

Sebelum ini, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) yang dikuasai Syed Mokhtar dilaporkan akan berkongsi 30 peratus daripada keuntungan import beras dengan pesawah, selain memberi RM60 juta kepada pesawah di seluruh negara.

Tambah Anwar, beliau lebih suka tidak menghuraikan beberapa pengecualian cukai ‘luar biasa’ yang terdapat dalam rekod lampau Kementerian Kewangan kerana siasatan berhubung perkara itu, sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi PH itu berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin yang meminta kerajaan menjelaskan berhubung dakwaan Muhyiddin bahawa Guan Eng membatalkan status pengecualian cukai yayasan itu.

Susulan penahanannya oleh SPRM awal bulan ini, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendakwa, LHDN yang berada di bawah Kementerian Kewangan semasa Guan Eng menjadi menteri, memaklumkan kepada Yayasan Albukhary bahawa pengecualian cukainya dibatalkan.

Muhyiddin juga berkata, apabila beliau menjadi Perdana Menteri selepas kejatuhan pentadbiran PH, Syed Mokhtar ‘merayu’ kepadanya untuk membatalkan pembatalan itu.

Guan Eng kemudian menuntut permohonan maaf dan meminta pampasan daripada Muhyiddin atas kenyataan didakwa berunsur fitnah itu, dengan memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika Muhyiddin enggan menarik balik tuduhannya.

Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang, kata Guan Eng, adalah bagi menangkis implikasi berbahaya kenyataan Muhyiddin yang boleh menyemarakkan dan menimbulkan rasa kurang senang, berhubung dakwaan seorang menteri bukan Islam membatalkan status dikecualikan cukai bagi sebuah pertubuhan kebajikan umat Islam.

Isu cukai Yayasan Albukhary terbongkar selepas Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta dan dua pertuduhan menerima dana haram sebanyak RM195 juta.

Minggu lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu juga didakwa melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM5 juta. – The Vibes, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad