web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 9:17AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUPUR - Aduan diluahkan seorang individu ketika menghubungi stesen radio, Hot FM semalam, mengenai tindakan penyedia khidmat van sekolah yang mengenakan tambang dengan harga penuh untuk servis Mac walaupun sesi persekolahan bermula pada akhir bulan, nyata mengejutkan.

Malah, ketika aduan itu dibacakan penyampai radio berkenaan, Khairy Jamaluddin ketika segmen Bekpes Hot, ia meraih perhatian beliau dan dua lagi pengendali sesi itu, AG dan Johan.

Justeru, Khairy menerusi responsnya terhadap dakwaan aduan itu berharap ada penyelesaian terbaik bagi isu terbabit.

“Selain terima pandangan pemanggil melalui telefon, kami juga dapat aduan ibu bapa tentang penyedia khidmat van sekolah yang mengenakan harga sebulan bagi servis bulan Mac, sungguhpun sesi bermula pada akhir bulan.

“Kami harap ada penyelesaian terbaik bagi isu ini,” kata Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ.

Menerusi aduannya, individu terbabit memaklumkan dia tiada masalah apabila persekolahan bermula pada Mac.

Namun, dia meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memulakan sesi itu pada awal bulan, bukan pada minggu akhir.

Katanya, ia kerana ada penyedia khidmat van sekolah mengenakan caj penuh untuk sebulan walaupun perkhidmatan itu digunakan pelajar kurang seminggu.

“Harap sesi sekolah mula minggu awal bagi bulan terbabit, ini mula minggu terakhir duit van tetap nak kena bayar full (penuh).

“Anak tiga orang RM1,000 kos transport (pengangkutan), naik van lima hari sahaja,” luahnya.

KJ kemudian turut memuat naik petikan isu dibacakan beliau itu menerusi Facebook sebelum menerima pelbagai respon daripada warga maya.

“Isu bas tu memang terbaik lah. Kadang hujung tahun dia caj penuh juga padahal sekolah sebulan. Better (lebih baik) KPM tukar timing (waktu) cuti,” kata seorang pengguna Yusuf.

Ini adalah tahun kedua sesi persekolahan diadakan pada Mac, selepas ditetapkan pada Januari sejak tahun 1996.

Perubahan itu dilaksanakan susulan kajian dibuat KPM pada 2021 berhubung kesesuaian untuk menukar permulaan sesi persekolahan daripada Januari kepada Mac, dengan menjadikan 2022 sebagai panduan.

Kajian itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kelebihan dan maklum balas positif diterima daripada pemegang taruh, termasuk dapat mengelakkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan pada November serta Disember yang bertembung dengan musim tengkujuh.

Permulaan sesi persekolahan pada Mac dikatakan mempunyai banyak kelebihan, jadi ia tindakan yang baik untuk KPM melanjutkan sesi persekolahan 2021 sehingga awal tahun depan, sebelum kemasukan baharu ditetapkan pada Mac 2022.

KPM kemudian mengumumkan sesi persekolahan untuk 2021 dilanjut sehingga Februari 2022, manakala sesi persekolahan bagi 2023 akan bermula Mac.

Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 untuk sekolah di negeri Kumpulan A, iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor, manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 ditetapkan kepada sekolah Kumpulan B, iaitu di negeri lain. - Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Bayar Tambang Bas, Pemandu Dan Penumpang Bergaduh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad