web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Lelaki Termasuk 2 Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 10:07PM

Ashari Abu Samah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 10 individu termasuk dua lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kes pukul sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di kawasan Kompleks Metro Pudu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata kesemua suspek ditahan di sekitar Kuala Lumpur dalam operasi bermula 10.30 malam semalam hingga 12.15 tengah malam tadi oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju serta Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau berkata operasi mengesan dan penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan pada 12.30 tengah hari semalam berhubung insiden seorang lelaki berusia 29 tahun dipukul di luar pusat hiburan di kawasan Kompleks Metro Pudu, Kuala Lumpur.

“Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira 5 hingga 7 pagi semalam yang menyebabkan mangsa mengalami kecederan di kepala sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia pada kira-kira 4.40 petang hari yang sama,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata siasatan awal mendapati punca kejadian ialah akibat perselisihan faham dan kes masih dalam siasatan.

Beliau berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 43 tahun itu akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Balai Polis berhampiran serta dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi dan menimbulkan provokasi berkait kejadian ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad