Berita Terkini

29 minit yang lalu: PM Anwar yakin prospek pertumbuhan jangka sederhana hingga jangka panjang Malaysia akan kekal baik 29 minit yang lalu: Malaysia akan terus bekerjasama dengan China untuk meningkatkan kerjasama sedia ada dalam BRI, memperluas bidang pertumbuhan baharu - PM Anwar 50 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 51 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 51 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


Ini Kerajaan Diktator, Penakut - Dr Mahathir

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 6:29PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dr Mahathir Mohamad mendakwa Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘diktator’ dan ‘penakut’.

Mantan Perdana Menteri itu mendakwa, pentadbiran Anwar tidak boleh ‘disentuh’ walaupun ada perkara yang memerlukan teguran. 

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Dakwanya, di sebalik usaha ditunjukkan Anwar bahawa kerajaannya mahu memiliki ketegasan untuk melawan rasuah, beliau bersikap ‘pilih kasih’ apabila pemimpin yang dituduh atau disiasat berhubung salah laku berkenaan hanyalah daripada parti lawan.

“Padahal (pemimpin) parti kerajaan pun terlibat, terutama UMNO, belanja cukup banyak duit dalam PRU (Pilihan Raya Umum), kita tahu sebab nampak bendera, sepanduk semua perlu duit, dari mana datang duit kalau tak secara rasuah.

“Tapi kita lihat kerajaan tumpu parti lawan seolah-olah tak terlibat rasuah padahal terlibat sebab tu mereka takut perkara ini disebar luas, konon nak lawan rasuah tapi nak lawan diri sendiri yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena pelancaran Proklamasi Orang Melayu di Ibu Pejabat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) di sini, sebentar tadi.

Proklamasi itu mengandungi 12 perkara yang ditulisnya sendiri berhubung isu Melayu.

Selain itu, Dr Mahathir mendakwa, pentadbiran Kerajaan Perpaduan seperti takut dengan beliau menerusi beberapa tindakan diambil pihak terbabit ketika ini.

Dakwanya, ia termasuk pembatalan program Proklamasi Melayu oleh Sekretariat Tanah Air yang sepatutnya dihadiri beliau hari ini.

Malah, beliau mempersoalkan mengapa kepimpinan kerajaan sedia ada seperti bimbang dengan diri dan perjuangan dibawanya. 

“Mereka (kerajaan) sekarang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Kalau difikirkan, kenapa nak takut dengan saya? Saya orang baik, dalam pilihan raya lalu, saya kalah teruk.

“Program Proklamasi Melayu ini bukan nak jatuhkan kerajaan tapi proklamasi sahaja, kita bukan nak terbalikkan kereta atau apa,” dakwanya.

Terdahulu, acara itu yang dijadual diadakan pada jam 3 petang hari ini dibatalkan selepas tiga lokasi yang sepatutnya menjadi tempat ia berlangsung, dilaporkan menarik balik kebenaran.

Justeru, acara itu digantikan dengan sidang akhbar berkenaan. – Getaran, 19 Mac 2023

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ab Rauf Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13

Semasa 1 hari yang lalu

Pulau Pinang Umum Pengganti Jawatan Datuk Bandar Minggu Depan

oleh Ian McIntyre

Semasa 1 hari yang lalu

Diskusi Ilmiah Disekat, MPP UiTM Cadang Tarikh Baharu Syed Saddiq Temui Mahasiswa

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

UiTM Cuba Sekat Program Diskusi Ilmiah Mahasiswa?

oleh Farhana Farush