web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM, BNM Jejak Aset Sindiket Penipuan Pelaburan Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjejaki aset dan wang, dipercayai berjumlah jutaan ringgit hasil kegiatan haram sindiket penipuan pelaburan antarabangsa, yang dilumpuhkan menerusi Op Tropicana pada Februari lalu.

Jurucakap SPRM memaklumkan, usaha menjejak aset dan wang haram itu, dijalankan dengan kolaborasi Bank Negara Malaysia (BNM) dan badan penguat kuasa antarabangsa termasuk Interpol, National Crime Agency (NCA-United Kingdom) dan Federal Bureau of Investigation (FBI).

Katanya, usaha itu merupakan tindakan susulan setelah empat dalang utama sindiket terbabit yang terdiri daripada warga asing didakwa di Mahkamah Shah Alam, kelmarin dan di Mahkamah Butterworth, semalam iaitu dalam tempoh tiga minggu selepas operasi berkenaan dilancarkan.

“Keempat-empat warga negara United Kingdom terbabit dijatuhi hukuman penjara dan didenda selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, lima warga British dan dua rakyat Filipina antara 10 individu yang ditahan SPRM, dalam serbuan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 21 Februari lalu.

Kesemua yang ditahan itu ada kaitan dengan sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang turut melibatkan aktiviti pengubahan wang haram dan rasuah.

Mereka ditahan dalam operasi dinamakan Op Tropicana, diketuai Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM yang menyerbu 24 lokasi di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang.

Ia termasuk tiga pusat panggilan sindiket iaitu dua yang terletak di Kuala Lumpur dan satu di Pulau Pinang.

Sementara itu, mengenai dakwaan lima bank utama sedang dipantau oleh SPRM berkaitan penglibatan dalam sindiket penipuan tersebut, beliau berkata, siasatan berkenaan lebih tertumpu kepada individu terlibat dan bukan melibatkan institusi kewangan tersebut secara khusus.

“Mereka ini merupakan segelintir golongan profesional termasuk pegawai bank, akauntan dan setiausaha syarikat yang bertindak membolehkan urusan sindiket haram tersebut beroperasi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, SPRM akan terus bekerjasama rapat dengan BNM dan agensi penguat kuasa lain untuk memerangi sindiket penipuan antarabangsa tersebut. – Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad