web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Azizah Lancar Buku 'Pesona Personaliti'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:15PM

Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) ketika gimik Majlis Pelancaran Buku Bertajuk Pesona Personaliti di Seksyen 15, Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan buku Pesona Personaliti: Seni Mengenal Diri dan Mengubah Peribadi, karya Muna ‘Izzah Fadzil, di sini.

Wan Azizah dalam ucapannya berkata karya seperti itu perlu diperbanyakkan bagi membantu pembaca membaiki diri ke arah yang lebih positif selain memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Beliau turut menyeru masyarakat agar memainkan peranan yang aktif sebagai agen perubahan dalam komuniti.

“Sebarkan maklumat dan kesedaran mengenai bantuan-bantuan yang disediakan, terutamanya yang membantu wanita, sebagai contoh dalam bidang keusahawanan, pencarian kerja, bantuan psikososial, bantuan nasihat undang-undang dan sebagainya.

“Kita mahu pastikan supaya segenap lapisan masyarakat terutamanya wanita mendapat bantuan yang sewajarnya. Apa yang lebih penting adalah kesedaran ataupun kesediaan setiap individu untuk mendapatkan bantuan, lebih-lebih lagi dalam kes yang melibatkan keselamatan dan nyawa seperti keganasan rumah tangga, penderaan dan pengabaian serta kesihatan mental,” katanya.

Sementara itu, Muna ‘Izzah berkata penulisan buku itu adalah berdasarkan pengalaman dan ilmu yang dikutip dari kecil hingga kini, selain sepanjang berkhidmat sebagai peguam serta perunding imej.

“Fasa kesedihan akibat kehilangan bonda dan kekanda berturut-turut dalam tempoh dua tahun yang lepas, adalah satu sebab saya menulis buku ini untuk kembali bangkit,” katanya.

Naskhah itu boleh didapati di www.karangkrafmall.com atau di semua kedai buku berhampiran dengan harga RM30. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek