web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permohonan, Kelulusan Kuota Pekerja Asing Ditangguh - Sivakumar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 4:58PM

Sivakumar berkata permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing termasuk melalui PKPPA ditangguhkan bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengambil keputusan menangguhkan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing bermula hari ini.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, penangguhan yang turut membabitkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing itu akan dibuat sehingga satu tarikh bakal dimaklumkan kelak.

“Ini (penangguhan) adalah untuk memastikan bahawa majikan yang sudah diberikan kelulusan kuota akan mula membuat perancangan bagi kemasukan segera pekerja asing diperlukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sivakumar berkata, semua majikan itu juga digesa menyegerakan proses kemasukan pekerja dalam tempoh masa ini.

“Tambahan pula, jumlah kemasukan pekerja asing adalah masih rendah berbanding jumlah kuota yang sudah diluluskan Kementerian Sumber Manusia (KSM),” katanya.

V Sivakumar
V Sivakumar

Pada masa sama, Sivakumar berkata, setakat 14 Mac lalu, KSM meluluskan sebanyak 995,396 kuota penggajian pekerja asing.

Katanya, ia membabitkan seramai 342,106 bagi Sektor Pembinaan (342,106), selain Sektor Perkhidmatan (143,568) dan Sektor Perkilangan (387,122).

Manakala, Sektor Perladangan (76,325), Sektor Perlombongan dan Pengkuarian (376) serta Sektor Pertanian (45,899).

“Jumlah kelulusan kuota ini sudah mengambil kira permohonan kuota pekerja asing yang diproses secara biasa dan menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, merangkumi lima sektor kritikal, iaitu Perkilangan, Pembinaan, Perladangan, Pertanian dan Perkhidmatan (Restoran sahaja).

“Kelulusan kuota pekerja asing setakat ini dijangka dapat memenuhi keperluan guna tenaga asing oleh industri termasuk di sektor kritikal,” katanya.

Sebelum ini pada 21 Januari lalu, Sivakumar dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji keperluan untuk memperluas kelulusan penggajian pekerja asing bagi sektor dan subsektor kritikal lain, selepas tiga bulan pelaksanaan program Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

Ia membabitkan lima sektor dan subsektor kritikal, iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (membabitkan restoran sahaja).

Sivakumar terdahulu memaklumkan, 500,000 pekerja asing akan dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat.

Ia ketika itu dikatakan akan dilaksanakan menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan bilangan terbabit akan ditambah jika terdapat keperluan, namun tidak melebihi 2.4 juta. – Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad