web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan Untuk Kembalikan Semula Saman Berhubung Tuntutan Pulau Batu Puteh Didengar Pada 15 November

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:24PM

Pulau Batu Puteh - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 15 November untuk mendengar rayuan oleh seorang individu bagi mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Batu Puteh.

Pada hari yang sama juga, mahkamah akan mendengar rayuan Mohd Hatta Sanuri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Januari tahun lepas yang membenarkan permohonan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia bagi perintah perlindungan supaya dokumen dalam saman itu tidak didedahkan kepada pihak yang tidak terlibat dalam kes tersebut.

 Timbalan Ketua Bahagian Sivil II Jabatan Peguam Negara Shamsul Bolhassan semasa dihubungi Bernama mengesahkan tarikh berkenaan.

Pihak-pihak yang terlibat juga dikehendaki mengemukakan hujah masing-masing pada 18 Oktober dan hujah balas pada 31 Oktober. Satu lagi pengurusan kes ditetapkan pada 1 November.

Tarikh itu ditetapkan berikutan pengurusan kes yang diadakan semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norshakinah Ahmad Kamarudin.

Pada 1 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman Mohd Hatta selepas membenarkan permohonan Perdana Menteri dan kerajaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz semasa membenarkan permohonan itu berkata perkara tersebut tidak boleh diadili dan Mohd Hatta Sanuri juga tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membawa tindakan undang-undang terhadap defendan (Perdana Menteri dan kerajaan).

Pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.

Pada 28 Mei 2021, Mohd Hatta, memfailkan tindakan saman itu mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang didakwa terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Hatta memohon perintah supaya defendan memberi penjelasan bertulis mengapa mereka menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ dengan tuntutan Batu Puteh terhadap Singapura pada 1 Jun 2018 sedangkan ia telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Februari 2017.

Beliau turut memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Batu Puteh dan berdasarkan kerugian ekonomi yang dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata berjumlah paling kurang RM10 juta.

Turut dimohon perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Februari 2017 sehingga tarikh mereka menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018.

Semasa Mohd Hatta memfailkan saman itu, jawatan perdana menteri disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, selepas beliau berundur, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri kesembilan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar