Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


KKD Bekerjasama Dengan TikTok, Meta, Twitter Sekat Hantaran Sensitif

Semasa Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 11:03AM

Meta akan menurunkan kandungan jelik dan membekukan akaun yang melanggar peraturannya. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menjalin kerjasama dengan penyedia platform media sosial seperti TikTok dan Meta untuk menangani kandungan yang boleh menyinggung sensitiviti masyarakat di negara ini.

Menurut kementerian itu, TikTok bersetuju untuk menggantung dan menyenaraihitamkan akaun yang melanggar garis panduan komuniti platform itu.

“Sekiranya terdapat keperluan berdasarkan justifikasi yang kukuh, akaun tersebut akan dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Kementerian itu mengulas soalan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang bertanya tentang langkah yang diambil KKD untuk menangani ‘ucapan kebencian’ di media sosial.

Bagi Meta, yang memiliki Facebook dan Instagram, kementerian berkata, Meta akan menurunkan kandungan jelik dan membekukan akaun yang melanggar peraturannya.

Manakala bagi Twitter, platform itu akan bekerjasama dengan KKD untuk memastikan peraturan dan undang-undang di negara ini dipatuhi berkaitan hantaran yang menyentuh "3R"  iaitu bangsa (race), agama (religion) dan Raja (royalty).

Kementerian itu berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan TikTok pada 5 Disember dan 12 Januari lalu manakala sesi pertemuan bersama Meta pada 12 Januari dan Twitter pula pada 15 Februari lalu.

Jelasnya, kerjasama dengan penyedia media sosial berkenaan adalah sebahagian daripada "rangka kerja komprehensif" KKD untuk menyekat penularan ucapan kebencian yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Langkah lain dalam rangka kerjanya termasuk menjalin kerjasama melalui Jawatankuasa Induk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk berkongsi maklumat, terutama membabitkan hantaran di media sosial yang menghina 3R.

Pelbagai program advokasi dan pendidikan turut diadakan bagi mempromosikan penggunaan internet secara berhemah dan bertanggungjawab bagi mengelakkan penyalahgunaan media sosial.

Wong Chen turut bertanya bagaimana kementerian melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk menentukan maksud ucapan kebencian memandangkan Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum. 

Kementerian itu berkata, KKM melalui SKMM telah  menerbitkan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Kod Kandungan) di bawah Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) yang menggariskan amalan terbaik dan piawaian etika untuk penciptaan dan penyusunan kandungan.

Katanya, kod ini merupakan rujukan utama bagi pemain industri termasuk penyiar, pencipta kandungan, pengiklan, pempengaruh media sosial (influencer) dan juga pengguna.

Ucapan kebencian ditakrifkan dalam kod ini sebagai gambaran (dalam bentuk perkataan, ucapan, gambar dan lain-lain) yang merendah- rendahkan, memfitnah atau menjatuhkan maruah seseorang atau kumpulan berdasarkan kaum, etnik, agama, kewarganegaraan, jantina, kecenderungan seks atau ketidakupayaan, adalah dilarang.

Mana-mana kumpulan terbabit atau ahli mereka menggunakan bahasa yang keras, kasar, rujukan seksual yang jelas ataupun isyarat lucah juga dianggap sebagai ucapan bernada kebencian. - Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 jam yang lalu

Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

2

Luar Negara 15 jam yang lalu

Belanda: Penjawat Awam Dilarang Guna Tiktok Untuk Tugasan Rasmi

3

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Hab Digital Di Rantau Asia Tenggara

4

Semasa 2 hari yang lalu

KKD Sokong Usaha Bawa Masuk Peralatan Studio Produksi Maya

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Sesi Libat Urus Perluas Sistem Pembayaran Terbuka Lebuh Raya - Salahuddin

Semasa 18 jam yang lalu

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

KPT Bangunkan Tindakan Martabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Semasa 15 jam yang lalu

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

oleh Sophia Ahmad