web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akhlak Baik, Tidak ‘Gelojoh’ Kuasa Harus Jadi Amalan Pemimpin - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seseorang pemimpin harus mempunyai semangat, daya juang dan akhlak yang baik, selain tidak ‘gelojoh’ dengan kuasa, kekayaan serta rasuah bagi memastikannya mampu membanggunkan sebuah tamadun generasi kukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah meneliti dan menghadam pesanan ulama Sheikh Profesor Dr Yusri Rusydi Al-Hasany yang berpesan bahawa tamadun akan runtuh sekiranya seseorang pemimpin gelojoh kuasa, mengejar kekayaan, terlibat rasuah dan berhasad dengki.

“Tamadun ulung tidak kekal kalau tidak dapat dipertahankan kekuatan akidah dan akhlak, sebab itu ana (saya) cuba ungkapkan MADANI kerana MADANI ini membina tamadun.

“Tamadun itu berpangkal kepada keyakinan, keimanan, akhlak dan nilai,” katanya ketika berucap pada Majlis Ilmu MADANI Bersama Anwar Ibrahim di Komplekas Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.

Video program itu dikongsikan Anwar di Facebook.

Yang turut hadir, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Anwar berkata, sememangnya benar sesebuah negara memerlukan pertumbuhan ekonomi mampan, teknologi canggih serta sistem pendidikan dan kesihatan yang baik.

Namun, beliau menegaskan, teras kepada kepimpinan itu masih menumpukan kepada keyakinan dan nilai, iaitu apa yang disebut MADANI, seperti konsep diperkenalkan Kerajaan Perpaduan diterajuinya.

Menurutnya, pemimpin juga perlu menjaga negeri sebaik mungkin dan harus bertanggungjawab apabila rakyat tidak berpuas hati, susah, miskin serta lapar.

Bagaimanapun, Anwar berkata, dalam menjalankan tanggungjawab itu, ia mesti dilaksanakan dengan kasih sayang terhadap umat Islam dan semua di bawah jagaan pemimpin berkenaan.

“Ana (saya) bukan pilih untuk satu-satu kaum kerana yang mendukung kita iaitu rakyat, rakyat itu majoriti Islam tetapi ada juga kelompok minoriti yang bukan Islam yang harus kita jaga.

“Dan ana sebut di sini (sejak) peringkat awal, ana mahu jadi seorang ketua dihormati dan nama seorang ketua muslim yang dibanggakan kerana muslim ini ikhlas, adil, tidak menghina orang, tidak menindas orang, itu matlamat kita,” katanya.

Pada 19 Januari lalu, Anwar memperkenalkan kerangka dasar baharu untuk negara dikenali ‘Membangun Malaysia Madani’ (MADANI) bagi mengemudi Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh pentadbirannya di Putrajaya.

Beliau berkata, konsep kerangka itu diperkenalkan sebagai garis panduan dan ikhtiar kerajaan untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan.

Katanya, MADANI juga diperkenalkan sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan Malaysia di persada dunia.

MADANI diacu berteraskan enam rukun, iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. – Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad