web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tambang Percuma Di Laluan MRT Putrajaya Hingga 31 Mac Ini – PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 10:50AM

Anwar ketika berucap pada Majlis Pelancaran Transit Aliran Massa Fasa Dua (MRT2) Laluan Putrajaya di Depoh MRT Serdang, di sini, hari ini. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penggunaan laluan MRT Putrajaya secara percuma mulai hari ini hingga 31 Mac.

Mengumumkan demikian sempena pelancaran laluan sepanjang 57.7 km pagi ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam projek mega itu. 

Dalam ucapannya, Anwar berkata, produktiviti sesebuah negara boleh terjejas apabila orang ramai menghadapi kesukaran dan tekanan dalam sesuatu perkara semudah berulang-alik ke tempat kerja mereka.

“Kajian menarik di Bangkok beberapa tahun lalu menunjukkan berbilion dolar lesap dari segi produktiviti hanya kerana kesesakan (trafik) yang melampau, dan penyelesaiannya bergantung kepada pengangkutan awam,” katanya pada majlis pelancaran di Depoh MRT Serdang.

Anwar berkata Kementerian Pengangkutan juga sedang menyiapkan satu kerangka, strategi pastikan pengangkutan awam lebih menyeluruh.
Anwar berkata Kementerian Pengangkutan juga sedang menyiapkan satu kerangka, strategi pastikan pengangkutan awam lebih menyeluruh.

Laluan sepanjang 57.7 km ke Putrajaya bermula di Kwasa Damansara dan berakhir di Putrajaya Sentral.

Ia merupakan fasa kedua projek MRT, dengan laluan pertama berakhir di Kajang.

Laluan MRT Putrajaya mempunyai 36 stesen, dengan sembilan daripadanya berada di laluan bawah tanah. 

Anwar melawat tren pada Majlis Pelancaran Transit Aliran Massa Fasa Dua (MRT2)  Laluan Putrajaya di Depoh MRT Serdang.
Anwar melawat tren pada Majlis Pelancaran Transit Aliran Massa Fasa Dua (MRT2) Laluan Putrajaya di Depoh MRT Serdang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang turut hadir pada majlis pelancaran itu berkata, kerajaan telah memastikan sambungan jarak jauh laluan MRT Putrajaya dengan 10 stesen pertukaran di sepanjang laluan untuk pengguna berpindah ke Transit Aliran Ringan (LRT), Laluan Rel Ekspres dan sistem rel Komuter .

Katanya, stesen MRT di Titiwangsa, seterusnya disepadukan dengan hab pengangkutan bas.

“Setiap stesen di sepanjang laluan MRT Putrajaya juga mempunyai perkhidmatan bas pengantara MRT yang diuruskan oleh Rapid Bas Sdn Bhd serta bas GoKL oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kemudahan perjalanan penumpang,” katanya.

Bagi kemudahan ‘park and ride’, beliau berkata, ia boleh didapati di 17 stesen di sepanjang laluan, menjadikan lebih 6,000 tempat letak kereta disediakan.

Jelasnya lagi, ciri-ciri lain pada tren di laluan MRT Putrajaya termasuk Unit Komunikasi Penumpang yang bersambung terus ke pusat kawalan tren.

Menurut maklumat yang diberikan kepada media oleh MRT Corp sebelum ini, laluan itu mempunyai 49 unit tren elektrik, dengan setiap set tren terdiri daripada empat gerabak untuk memuatkan 1,200 penumpang.

Sistem ini adalah automatik sepenuhnya dan tanpa pemandu, tetapi tren itu juga boleh dipandu secara manual jika perlu. – The Vibes, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Masuk Kaunter Stesen MRT, Penganggur Dipenjara 2 Bulan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Letupan Babitkan Tren MRT - Rapid KL

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi