web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenaikan Kos Boleh Jejas Daya Maju Projek Pembangunan - Presiden REHDA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 7:00AM

Pembangunan perumahan sektor swasta di Malaysia juga tidak hanya terhad kepada penyediaan rumah tetapi turut merangkumi penyediaan infrastruktur dan kemudahan secara meluas. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang kos tambahan dalam sektor hartanah akibat kenaikan mendadak bahan binaan, kos pekerja dan dasar berlebihan ke atas industri, berkemungkinan terlalu punitif dan menjejaskan daya maju ekonomi projek-projek pembangunan.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah Malaysia (Rehda) Datuk NK Tong berkata jika sebelum ini pemaju mampu menyerap kenaikan kos terbabit, namun pelbagai cabaran serta tindakan yang dihadapi sejak kebelakangan ini sebaliknya telah memberi kesan dari segi toleransi pemaju.

“Dalam kes tertentu, kos tambahan ini berkemungkinan menjejaskan projek-projek pembangunan ini untuk berdaya maju dari segi ekonomi.

“Saya yakin pemaju akan bersetuju bahawa usaha melaksanakan pembangunan di Malaysia bukanlah suatu yang mudah kerana industri ini tertakluk atau dikawal selia oleh lebih 50 undang-undang,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Rehda di sini, malam tadi.

Acara itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Mengulas selanjutnya, Tong berkata pembangunan perumahan sektor swasta di Malaysia juga tidak hanya terhad kepada penyediaan rumah tetapi turut merangkumi penyediaan infrastruktur dan kemudahan secara meluas.

Ini turut membabitkan usaha memastikan penyelenggaraan dan pengurusan yang tepat terutama bagi skim strata selain mengutamakan aspek keselamatan, menggalakkan kehidupan masyarakat dan elemen lain.

“Oleh itu, lebih kerap lagi pemaju menjadi ‘sasaran’ untuk membayar atau menyumbang kepada sebarang pematuhan baharu yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau syarikat utiliti swasta,” katanya.

Tong berkata, Tinjauan Industri Hartanah Rehda bagi separuh kedua 2022 menunjukkan berlakunya lebih daripada 20 peratus dalam purata kenaikan harga simen, keluli, aluminium dan batu bata serta peningkatan purata tahunan sebanyak 17 peratus dalam kos pembinaan.

“Jabatan Perangkaan Malaysia turut merekodkan indeks harga unit simen yang meningkat 9.6 peratus pada Februari 2023 berbanding Februari 2022 manakala bahan lain juga naik secara mendadak susulan pandemik," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pembinaan Masjid Changlun Diteruskan, Kerajaan Perpaduan Tambah Peruntukan - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Terbuka Adakan Perbincangan Semula Pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Nama Syarikat Perlu Dirahsiakan Semasa Proses Tender Kerajaan – PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tender Perlu Dianugerah Berdasarkan Kepada Keupayaan, Rekod Prestasi Syarikat - PM

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

4

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu