web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Agihan BAP Secara Kredit Terus Ke Akaun Murid Dikaji - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 3:27PM

Fadhlina Sidek - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti cadangan pengagihan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) secara kredit sepenuhnya ke akaun murid.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cadangan itu adalah bagi memastikan insiden kecurian wang bantuan tidak berlaku lagi.

“Bagaimanapun, cadangan ini perlu mengambil kira kesediaan pihak bank dan kesukaran murid di pedalaman yang memerlukan kos tinggi bagi membuat urusan di bank,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam soalannya, Mohd Isam meminta menteri menyatakan mekanisme terbaik yang perlu dilaksanakan oleh kementerian bagi mengatasi masalah pengurusan wang BAP, agar isu kecuaian atau kecurian wang tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Soalan itu dipercayai merujuk kepada insiden menimpa seorang Guru Besar beberapa bulan lalu, apabila wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang dilarikan penjenayah.

Difahamkan, wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh mangsa sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

Jelas Fadhlina, prosedur pengeluaran wang tunai telah dinyatakan dengan jelas dalam Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 20 Tahun 2020: BAP dan Arahan Perbendaharaan (AP 137) mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.

Menurutnya, berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: BAP, Perkara 6 menyatakan bahawa pihak sekolah hendaklah mematuhi tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank yang selamat dan mengikut peraturan semasa.

“Bagi pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 oleh pengetua atau guru besar, ia hendaklah diiringi oleh dua orang guru.

“Bagi pengeluaran wang tunai melebihi RM10,000 pula, pengetua atau guru besar perlu mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan polis pengiring berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan,” katanya.

Ujarnya, penjelasan dan maklumat berkaitan pengurusan wang BAP Tahun 2023 kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diberi secara bertulis melalui surat bertarikh 29 Disember 2022, yang dilampirkan bersama Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan.

“Susulan daripada surat yang dikemukakan ini, satu sesi Taklimat Pelaksanaan BAP Tahun 2023 telah dilaksanakan pada 11 Januari 2023.

“KPM sentiasa memberi taklimat secara berterusan bagi memastikan pengetua dan guru besar mematuhi tatacara kelola pengurusan wang di sekolah,” katanya. - Getaran, 15 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar