web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HAWANA 2023 Diharap Dapat Libat Media Dari ASEAN - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 9:54AM

Fahmi Fadzil berkata antara program yang akan diketengahkan pada HAWANA 2023 ialah melibatkan etika kewartawanan serta isu yang dihadapi oleh wartawan ketika ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, yang dijadualkan pada 27 hingga 29 Mei ini di Ipoh, Perak diharap dapat melibatkan penyertaan daripada agensi serta pengamal media dari rantau ASEAN.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu adalah sebagai simbolik dalam mengusahakan Komuniti Ekonomi ASEAN, selain dapat mengerat silaturahim serta semangat muhibah sesama negara dari rantau itu.

“Kita perlu lebih saling kenal-mengenal sesama kita dan mula menonjolkan berita yang berlaku di negara masing-masing tetapi dalam suasana yang muhibah dan mengukuhkan ASEAN itu sendiri.

“Jadi saya harap itu akan dapat kita terjemahkan bila kita lakukan atau kita laksanakan program HAWANA 2023 nanti,” katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama wakil agensi media tempatan, malam tadi.

Fahmi berkata antara program yang akan diketengahkan pada HAWANA 2023 ialah melibatkan etika kewartawanan serta isu yang dihadapi oleh wartawan ketika ini.

Menurut Fahmi perkara itu dapat memberi ruang kepada semua pihak supaya lebih memahami kebajikan dan profesionalisme kewartawanan serta cabaran yang dihadapi dan penyelesaian daripada kerajaan mahupun agensi media sendiri.

“Saya berharap menjelang penganjuran HAWANA 2023 nanti, kita akan dapat umumkan beberapa perkara yang pihak kerajaan ingin laksanakan dan kita faham pascapandemik keadaan yang dihadapi bukan hanya para wartawan tetapi organisasi media di Malaysia.

“Banyak cabaran yang dihadapi dan saya percaya menjelang HAWANA 2023 nanti, kita akan dapat beri sedikit hala tuju ke depan bagi ekosistem media di Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad