web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lantikan Wakil Parti Politik Dalam GLC Ditapis Sekretariat Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 7:37PM

Ahmad Zahid berkata setiap parti yang membentuk kerajaan akan melakukan perundingan di bawah sekretariat itu terlebih dahulu sebelum sebarang pelantikan dimuktamadkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Lantikan ahli atau profesional mewakili parti politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap parti yang membentuk kerajaan akan melakukan perundingan di bawah sekretariat itu terlebih dahulu sebelum sebarang pelantikan dimuktamadkan.

“Bagi mengelak konflik, kita melakukan perundingan malah sebelum sesuatu pelantikan dibuat sekretariat ini akan memperincikan dahulu latar belakang individu berkenaan.

“Ini dibuat agar tokoh-tokoh mewakili parti politik yang diketengahkan mempunyai pengalaman dan latar belakang yang mampu menguatkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 peringkat negeri Pahang, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh menteri dan timbalan menteri daripada UMNO ketika penubuhan Kerajaan Perpaduan mencapai 100 hari, hari ini.

Menurutnya, beliau mempunyai kaedah tersendiri dalam memantau prestasi kesemua menteri dan timbalan menteri terhadap perkhidmatan yang diberikan mereka di kementerian antaranya melalui jawapan pada sidang Dewan Rakyat serta kenyataan yang dikeluarkan kepada media.

“Apa yang penting mereka dapat memenuhi harapan rakyat kerana imej mereka malah saya sendiri adalah cerminan kepada imej UMNO … khidmat yang diberikan telah mengubah persepsi bahawa tokoh-tokoh UMNO boleh memberikan perkhidmatan yang baik,” katanya.

Ditanya mengenai harapannya berhubung pemilihan calon pimpinan peringkat tertinggi UMNO bagi tempoh 2023-2026, Ahmad Zahid berkata beliau yakin perwakilan mempunyai cukup pengetahuan dalam menentukan gabungan kepimpinan baharu yang boleh melonjakkan perjuangan parti ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata berdasarkan trend pemilihan Ketua Wanita, Pemuda, Puteri dan barisan exco pergerakan sayap UMNO yang dimuktamadkan semalam, beliau yakin seluruh perwakilan bagi peringkat tertinggi memahami bahawa ahli parti mahukan kesinambungan dan keseimbangan dalam kepimpinan yang akan dibentuk.

“Harapan saya agar ada kombinasi antara yang lama dan muka baharu dapat diketengahkan kerana faktor ini penting dalam merelevankan UMNO dengan semua peringkat umur atau kumpulan generasi,” katanya.

Pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi akan berlangsung pada Sabtu ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini