web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Michelle Yeoh Gondol Oscar, Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Tahniah 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 8:34PM

Michelle Yeoh memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) bagi lakonannya sebagai heroin dalam filem sci-fi, Everything Everywhere All at Once. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kejayaan bersejarah diraih Tan Sri Michelle Yeoh sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) hari ini, turut menerima ucapan tahniah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan anak kelahiran Ipoh, Perak itu yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Ucapan itu dizahirkan menerusi hantaran di Facebook Istana Negara yang turut memaparkan poster tertera gambar Michelle memegang trofi terbabit.

“Ia (kejayaan) juga sekali lagi membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing serta berjaya di peringkat antarabangsa.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Tan Sri Michelle Yeoh dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan kejayaan pelakon berstatus Hollywood berusia 60 tahun itu memenangi anugerah berkenaan bagi lakonannya sebagai heroin dalam filem sci-fi, Everything Everywhere All at Once.

Kemenangannya menjadikan beliau pelakon Asia pertama memenangi anugerah perfileman paling berprestij yang diperkenalkan sejak 95 tahun itu.

Michelle menewaskan Cate Blanchett (Tár), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans) bagi meraih penghormatan itu.

Filem fiksyen sains itu membolehkan Michelle memainkan pelbagai versi watak, malah ia berjaya meraih pulangan mengejutkan dengan mencatatkan kutipan AS$100 juta (RM448.5 juta) di peringkat antarabangsa.

Pencapaian itu adalah pengiktirafan tertinggi dikecapi Michelle dalam kerjayanya sebagai pelakon yang popular dalam industri filem Hong Kong pada tahun 1980-an dan 90-an, sebelum mendapat perhatian Barat apabila muncul dalam filem Bond 1997 Tomorrow Never Dies.

Dalam temu bual dengan People baru-baru ini, Michelle mengimbas kembali kerjayanya selama beberapa dekad yang bermula dengan membintangi filem kung-fu Hong Kong.

Beliau turut berkongsi rasa bangga kerana tidak berdepan stereotaip dalam industri filem antarabangsa, malah penglibatannya sebagai pelakon juga diiktiraf di sana. – Getaran, 13 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran