web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Terima Wang Haram RM5 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 10:08AM

Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta.

Muhyiddin, 75, yang juga merupakan Presiden Bersatu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

“Saya faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah,” kata Muhyiddin. 

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sebagai Presiden Bersatu menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti berkenaan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dekat sini, pada 7 Jan 2022.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, sabit kesalahan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib memohon mahkamah supaya mengguna pakai ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin berserta syarat tambahan yang ditetapkan ke atas Muhyiddin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lepas.

“Saya juga memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memandangkan ia berkait dengan perbicaraan di sana serta tarikh sebutan di Mahkamah Sesyen tersebut sudah ditetapkan pada 26 Mei ini,” katanya.

Permohonan itu tidak dibantah peguam mewakili Muhyiddin, iaitu Datuk K. Kumaraendran.

Rozilah kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengguna pakai jaminan serta syarat tambahan yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta membenarkan kes itu dipindahkan ke mahkamah sama (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur).

Pada 10 Mac lepas Muhyiddin, 75, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan berkaitan wang dalam akaun Bersatu.

Beliau mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pertuduhan sebagai Presiden Bersatu telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.

Pendakwaan juga dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.

Muhyiddin turut diwakili peguam Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, Mohamad Isa Mohamad Basir, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang memakai sut lengkap berwarna hitam tiba di mahkamah pada 8.20 pagi ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar