web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengarah Mentega Terbang, Pelakon Beri Kenyataan Kepada Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 6:24PM

Khairi Anwar dan Arjun Thanaraju berkata, mereka memberikan kerjasama penuh kepada polis, tetapi menambah bahawa pembikin filem harus mempunyai kebebasan untuk berkarya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon Mentega Terbang memberi kenyataan kepada Bukit Aman hari ini, berhubung filem kontroversi berkaitan perbezaan agama itu.

Menurut laporan Portal Free Malaysia Today, pengarah filem itu, Khairi Anwar Jailani dan Arjun Thanaraju dipanggil pihak polis. 

Kedua-dua mereka hadir ke ibu pejabat polis bersama peguam yang mewakili mereka, Zaid Malek.

Zaid berkata, filem indie terbitan tempatan itu disiasat di bawah peruntukan Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian dan membawa kepada kebimbangan serta keresahan orang ramai.

Filem itu juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

Khairi dan Arjun berkata, mereka memberikan kerjasama penuh kepada polis, tetapi menambah bahawa pembikin filem harus mempunyai kebebasan untuk berkarya.

Filem terbabit yang asalnya disiarkan di platform Viu, kini sudah diturunkan.

Ia menjadi isu selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), membuat laporan polis berhubung kandungannya yang didakwa mempunyai adegan ‘mengganggu’ umat Islam.

Kandungannya juga didakwa merangkumi perbincangan mengenai isu orang Islam memakan daging babi dan perbandingan antara ajaran kehidupan selepas kematian, mengikut agama berbeza.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, filem terbabit bertentangan dengan nilai Islam.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyelia Lembaga Penapisan Filem, berkata, perkara berkaitan filem itu di luar bidang kuasanya kerana ia hanya ditayangkan menerusi dalam talian.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah agensi tepat untuk menyiasat filem itu.

Pertama kali dikeluarkan pada 2021, Mentega Terbang ditayangkan di Indonesia pada Festival Filem Jogja-Netpac.  – The Vibes, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi