web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPJ Serbu Syarikat Benar Kenderaan Tiada Permit E-Hailing Beroperasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 5:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pengendali perniagaan pengantaraan (EHO) menggunakan aplikasi MAXIM yang membenarkan kenderaan tiada permit e-Hailing (EVP) sah, diserbu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), baru-baru ini.

Menerusi kenyataannya, JPJ memaklumkan, serbuan itu dijalankan bahagian penguat kuasa jabatan berkenaan menerusi Ops-Hailing yang memfokuskan kepada pengoperasian syarikat EHO membenarkan kenderaan tidak berdaftar beroperasi di seluruh negara.

Katanya, serbuan itu dilakukan selepas hasil pemantauan dan risikan selama 14 hari oleh JPJ mendapati, sebuah syarikat EHO yang mengendalikan aplikasi MAXIM kepada orang ramai melalui dalam talian, dikesan beroperasi di Kuantan, Pahang.

“Justeru, satu operasi dilakukan dan didapati bahawa syarikat ini melanggar Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana membenarkan kenderaan di bawah kendalian syarikat tersebut, beroperasi tanpa EVP sah di sekitar Putrajaya dan Pahang,” menurut kenyataan itu.

JPJ berkata, hasil maklumat diberikan APAD juga mendapati, hanya 402 daripada 5,000 kenderaan aktif yang menggunakan aplikasi MAXIM, mempunyai EVP.

Katanya, dalam operasi itu juga, beberapa peralatan dan dokumen syarikat berkenaan seperti komputer, papan iklan, kain rentang serta bunting dirampas dan disita untuk tujuan siasatan di bawah Seksyen 222 APAD 2010.

Malah, JPJ berkata, tindakan penguatkuasaan pihaknya itu selaras dengan Seksyen 12A(5) APAD 2010, iaitu syarikat yang didapati membenarkan kenderaan e-Hailing beroperasi tanpa EVP, boleh disabitkan mana-mana kesalahan di bawah Seksyen 12A(9) APAD 2010.

“Ia memperuntukkan denda sebanyak tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun,” katanya.

Pada masa sama, JPJ memaklumkan, pihaknya akan terus memantau perkhidmatan syarikat EHO secara berterusan.

Jelasnya, pemantauan itu adalah bagi mengesan mana-mana syarikat yang mengendalikan perniagaan pengantara tanpa lesen dan kenderaan perkhidmatan e-Hailing yang tidak mematuhi peraturan serta undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan APAD 2010 (Akta 715).

Ekoran daripada itu, katanya, JPJ menasihatkan kepada mana-mana syarikat yang ingin menjalankan perniagaan pengantara dan penyediaan sistem EHO kepada pemandu kenderaan e-Hailing, berdaftar serta dilesenkan di bawah APAD atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

“Orang awam yang menjadi penumpang perkhidmatan kenderaan e-Hailing juga dinasihati memastikan aplikasi tersebut adalah berdaftar serta dilesenkan melalui semakan di portal APAD/LPKP terlebih dahulu.

“Perkara ini bagi memastikan penumpang mendapat jaminan perlindungan insurans semasa menggunakan perkhidmatan tersebut jikalau berlaku apa-apa kemalangan jalan raya,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad