web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Politik Ingin Mengajar Di Masjid, Surau Terengganu Disaran Mohon Tauliah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 1:04PM

Ahli politik PAS Terengganu disaran memohon surat tauliah daripada MAIDAM sebelum mengajar atau menyampaikan kuliah di masjid serta surau di negeri ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Ahli politik PAS Terengganu disaran memohon surat tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebelum mengajar atau menyampaikan kuliah di masjid serta surau di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Husain Awang berkata setakat ini telah ada beberapa ahli politik termasuk wakil rakyat daripada parti itu yang memohon surat tauliah berkenaan.

Husain Awang - Gambar fail
Husain Awang - Gambar fail

“Insya-Allah kita mohonlah (surat tauliah). Ada yang telah mohon, ada yang dapat, ada yang tidak dapat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye dan Syria Peringkat PAS Terengganu di Masjid Rusila di sini hari ini.

Penyerahan tabung bencana yang berjaya mencapai kutipan hampir RM800,000 itu disempurnakan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sebelum itu turut menyampaikan kuliah duha mingguan di masjid tersebut.

Bagaimanapun Husain menegaskan kebanyakan ahli politik PAS Terengganu yang mengajar atau memberikan kuliah di masjid serta surau, hanya menyampaikan ilmu agama dan bukannya politik kerana ia adalah tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk menyampaikan dakwah tidak kira di mana pun berada.

Baru-baru ini MAIDAM mengeluarkan arahan larangan penyampaian kuliah agama, ceramah dan penganjuran aktiviti berunsur politik oleh ahli politik di semua masjid dan surau di Terengganu.

Yang Dipertuanya Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dilaporkan berkata selain larangan kuliah, ceramah dan aktiviti berunsur politik, semua Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara juga tidak dibenarkan menjadi imam dan khatib di masjid dan surau di negeri ini.

Malah katanya semua pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid dan surau perlu memastikan penceramah, pengkuliah, tenaga pengajar serta khatib solat Jumaat yang dijemput mempunyai tauliah atau kelulusan yang dikeluarkan oleh MAIDAM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan