web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Cadangan Laksana Projek Rintis Tangani Kesesakan HTAR Diterima - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 9:02AM

Tiga cadangan bagi pelaksanaan projek rintis di HTAR telah diberikan kebenaran oleh kerajaan bertujuan menangani kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan kebenaran berhubung tiga cadangan bagi pelaksanaan projek rintis di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor untuk mengatasi kesesakan Jabatan Kecemasan dan Trauma di institusi kesihatan awam itu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, persetujuan itu diberikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamad.

Dr Zaliha Mustafa
Dr Zaliha Mustafa

“Tiga cadangan itu adalah melanjutkan waktu operasi Klinik Kesihatan Botanik dan meneliti semula surat pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berkaitan.

“Ia juga membabitkan cadangan memberikan belanjawan tambahan untuk operasi tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Dr Zaliha berkara, persetujuan itu menunjukkan kepentingan kerjasama antara semua pemegang taruh untuk membantu meringankan beban rakyat.

“Terima kasih kepada pasukan ini dan tahniah kepada Tan Sri Mohd Zuki kerana memimpin inisiatif STAR (Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam),” katanya.

Terdahulu, sebuah pasukan dianggotai pemegang taruh daripada beberapa kementerian dan agensi serta sektor swasta, bekerjasama dalam STAR sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengatasi kesesakan Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kerajaan.

Terdahulu, sejak menerajui KKM pada Disember lalu, Dr Zaliha berulang kali menyatakan komitmen kementeriannya untuk menyelesaikan masalah dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan di hospital awam, termasuk menangani kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma yang semakin teruk.

Jelasnya, lawatan pegawai KKM ke Jabatan Kecemasan dan Trauma di sebuah hospital besar yang sibuk baru-baru ini mendapati, berlaku kesesakan kerana pesakit sepatutnya dimasukkan ke wad masih berada di jabatan itu.

Menegaskan bahawa setiap Jabatan Kecemasan dan Trauma mempunyai cabaran berbeza, beliau berkata, kelewatan memindahkan pesakit dari jabatan itu ke wad, boleh memberi kesan domino yang buruk.

Pada masa sama, Dr Zaliha memaklumkan, menyedari skala masalah, termasuk keletihan fizikal dan mental dihadapi kakitangan serta pesakit di lapangan, perbincangan dalaman dan arahan mengenai kakitangan serta pembukaan lebih banyak katil sedang diusahakan.

Malah, katanya, usaha memperkasakan kepimpinan di peringkat lapangan juga perlu dilakukan, selain memberi jaminan KKM akan terus berusaha mengenal pasti penyelesaian secara dalaman dan menyokong petugas barisan hadapan menerusi perbincangan dengan Kementerian Kewangan. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Ditempatkan Di Rumah Transit Khamis Ini - Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Stigma, Diskriminasi Halang Akses Rawatan, Penjagaan Kesihatan Mental

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nisbah Satu Penderma Organ Kepada Sejuta Populasi Bakal Dicapai Dalam Masa Terdekat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar