web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Ditempatkan Di Rumah Transit Khamis Ini - Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 4:15PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa ketika mengadakan lawatan di Flat Sri Sabah, Cheras hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesemua 16 mangsa kebakaran di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah akan ditempatkan di rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras pada Khamis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, kesemua mangsa daripada lima keluarga itu dibenarkan mendiami rumah transit berkenaan untuk tempoh enam bulan hingga tiga tahun.

"Kita benarkan duduk di rumah transit itu selama enam bulan bagi mereka yang mempunyai rumah sendiri, manakala bagi yang menyewa mereka dibenarkan menduduki rumah transit itu selama tiga tahun," katanya kepada pemberita selepas menyantuni mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Seri Cheras di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Selain itu, sebanyak RM7,300 sumbangan tunai dan barang keperluan asas telah disalurkan kepada lima keluarga yang terlibat dalam insiden berkenaan.

"Kita dari JWP (Jabatan Wilayah Persekutuan) telah memberi sumbangan RM5,000, DBKL (RM 1,000), Parlimen Bandar Tun Razak (RM 1,000) dan Jabatan Kebajikan Masyakat (RM300)," katanya.

Pada Ahad lalu, sebanyak lima unit rumah di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik.

Sementara itu, Dr Wan Azizah turut mencadangkan pihak bomba memberi penerangan kepada orang awam mengenai persediaan kebakaran bagi membolehkan bantuan awal memadam kebakaran dilakukan.

"Penerangan tersebut adalah seperti bagaimana kalau ada masalah, pili bomba mana yang orang awam boleh guna untuk membantu (memadam kebakaran) secepat mungkin," katanya. -
BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Tingkat 16 Flat Sri Sabah Kosongkan Rumah, Bimbang Keselamatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Stigma, Diskriminasi Halang Akses Rawatan, Penjagaan Kesihatan Mental

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nisbah Satu Penderma Organ Kepada Sejuta Populasi Bakal Dicapai Dalam Masa Terdekat

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad